Lebuh Raya Khas Untuk Basikal Di Denmark

lebu-raya-basikal-denmark
Lebuh raya khas untuk basikal yang bukan sahaja lebih cepat, selamat dan murah, malahan mengurangkan pencemaran dan meningkatkan kesihatan di Denmark yang rata-rata penduduknya sudah sedia berbasikal ke tempat kerja.





Masa kecil dulu saya selalu naik basikal ke sekolah. Itu pengalaman yang menyeronokkan. Kadang-kadang kalau basikal rosak atau tayar pancit maka akan muncullah alasan untuk tak ke sekolah. Tapi kalau nak berbasikal ke tempat kerja memang jaranglah orang buat, nak-nak pula kalau tempat kerja jauh dari rumah. 

lebuh-raya-untuk-basikal
Tapi idea untuk berbasikal ke tempat kerja merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat sebab bukan sahaja dapat menjimatkan kos minyak malahan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Cuma bagi yang metabolisma tinggi tu mungkin kena siap-siap baju spare untuk ditukar di pejabat untuk mengelakkan sindrom ketiak basah ketika masuk ofis.

Atas inisiatif ini kerajaan Denmark membuka 26 lebuh raya bagi pengguna basikal pada April lepas untuk menggalakkan rakyatnya berbasikal, instead of memandu kereta ke tempat kerja. Tapi ianya bukan lebuh raya biasa, it's a 'superhighway'.
menteri-denmark-dengan-basikal
Menteri Denmark Posing Dengan Basikal. Malaysia Ada?

Lebuh raya yang panjangnya menjangkau 11 batu dari Copenhagen ke pinggir bandar Alberslund itu dilengkapi dengan teknologi 'gelombang hijau' di mana lampu isyarat disediakan untuk mengawal trafik dan tempat berehat juga disediakan untuk pengguna, selain tempat untuk pam tayar basikal.

Berbasikal ke tempat kerja memang sudah menjadi satu trend di Denmark kerana ianya merupakan cara yang paling mudah dan pantas ke tempat kerja. Selain itu ibu negara Denmark, Copenhagen juga telah dirancang semula struktur jalan rayanya  supaya memudahkan perjalanan pengayuh basikal. Menurut statistik dari Cycling Embassy of Denmark, seramai 36 peratus orang dewasa Denmark mengayuh basikal ke tempat kerja manakala 45 peratus bagi kanak-kanak ke sekolah pada tahun 2010.

Pembinaan lebuh raya bagi basikal ini juga diharapkan dapat menarik penduduk yang tinggal di pinggir bandar yang masih lagi memandu kereta ke tempat kerja disebabkan masalah jarak, masalah cuaca dan keadaan jalan yang kurang elok. Menurut Cycling Embassy of Denmark lagi, pembinaan lebuh raya akan meningkatkan pengunaan basikal sebanyak 30 peratus, menambah lebih 15,000 lagi pengguna basikal yang menggunakan lebuh raya tersebut, dengan menjimatkan 7000 tan karbon dioksida dan 300 juta Danish Krones bagi kos perubatan setiap tahun.
lebuh-raya-basikal-di-denmark
Menurut statistik, projek yang menelan belanja sebanyak 1.6 juta US Dollar ini akan membawa banyak manfaat, antaranya setiap enam basikal digunakan instead of driving, sebanyak tiga setengah pounds pengeluaran karbon dioksida dapat dikurangkan dan mengurangkan perbelanjaan kos perubatan sebanyak 9 sen. Jadi untuk kira-kira 87,000 pengguna basikal, ianya dapat membawa manfaat yang sangat besar untuk mengurangkan kos perbelanjaan, masalah trafik dan juga meningkatkan kesihatan. 
Jadi daripada kita yang di Malaysia ni yang merungut dengan harga minyak dan kenderaan yang mahal, mungkin mengayuh basikal boleh menjadi satu alternatif yang sangat baik. Tapi mungkin ianya tidak convenience bagi mereka yang duduk jauh dari tempat kerja dan tambahan pula dengan climate Malaysia yang memang panas, mungkin alternatif terbaik adalah untuk meningkatkan efficiency pengangkutan awam termasuk juga di luar bandar yang kalau nak menunggu bas berjam-jam baru nak sampai.

Sumber dari Time

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: