Menakjubkan! Cawan Terapung Akibat Bebelan Si Isteri

cawan-terapung
Menakjubkan, ajaib! Kerana kehebatan bebelan si isteri, cawan pun boleh terapung. Dahsyat betul apabila seorang isteri membebel. Jangan main-main.

Ok lah, cawan ini terapung bukan disebabkan bebelan isteri tapi kerana kegeniusan rekaannya. Tapi akibat dari sebab bebelan isteri juga cawan terapung ini tercipta.

Idea untuk menghasilkan cawan terapung ini datang apabila perekanya, Tigere Chiriga, sering dibebel si isteri apabila cawan beliau sering meninggalkan kesan di atas meja seperti gambar di bawah dan pastilah si isteri yang perlu membersihkannya.

kesan-kotoran-ditinggalkan-cawan-pada-meja
Untuk mengelakkan bebelan berterusan daripada isteri beliau, Chiriga memikirkan idea untuk menghasilkan inovasi pada cawan beliau supaya dapat mengelakkan kesan sedemikian daripada berlaku. Beberapa reka bentuk dicuba, namun tiada satu yang benar-benar ummph.

Sehinggalah pada satu hari apabila beliau sedang meminum teh dan berhajatkan memakan pisang yang tergantung pada penyangkut pisang (kreatif, pisang pun ada penyangkut) di atas meja, dan eureka!, idea untuk menghasilkan cawan terapung pun tercipta.
penyangkut-pisang
Ta-da! Idea mari!

Selepas beberapa lama penyelidikan dilakukan, beliau berjaya bekerjasama dengan pengilang dari China untuk menghasilkan prototaip cawan terapung yang pertama dan menggunakannya sebagai kegunaan peribadi selama beberapa tahun. Namun idea untuk mengkomersilkannya datang apabila ramai yang bertanyakan beliau tentang keunikan cawan tersebut hinggalah akhirnya beliau menjumpai laman Kickstarter,  laman web bagi designer untuk mengetengahkan projek masing-masing dan mencari dana.

Setakat artikel ini ditulis, projek cawan terapung ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak 20,276 US Dollar, melebihi sasaran awal iaitu 15,000 US Dollar. Dijangkakan minimum sebanyak 500 unit akan dikeluarkan selewat-lewatnya sebelum krismas tahun ini. Siapa yang nak tahu lebih lanjut tentang cawan unik ini bolehlah melawat laman Kickstarter beliau dan kalau nak menyumbang dana sambil membuat tempahan juga boleh.
cawan-terapung
Tapi memandangkan dana sasaran sudah dicapai, mungkin lebih baik jika anda menyumbang kepada projek sejadah bercahaya ini pula. Ideanya pun tidak kurang kreatifnya.

Siapa sangka bebelan isteri juga boleh menjana idea kreatif yang akhirnya boleh mendapat keuntungan. Jadi lain kali jika dibebel isteri atau mak masing-masing, jangan merungut atau lari lepak kedai mamak borak-borak dengan member, tapi fikirkanlah idea kreatif di sebaliknya. Mana tahu lepas ni anda boleh jadi businessman. Haha.

ketahanan-cawan
 Ini bukan magic trick. Ini membuktikan ketahanan cawan tersebut.
cawan-terapung
Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment