Pad Seluar Dalam Penyahbau Untuk Mengurangkan Bau Kentut: Kreatif!

pad-seluar-dalam
Anda takut untuk terkentut di tempat awam kerana segan perbuatan anda yang melepaskan gas semulajadi berbau 'harum' itu akan dikesan orang ramai? 

Nah, dengan pad seluar dalam penyahbau yang mampu mengurangkan bau kentut ini, anda tidak perlu lagi risau.

Untuk mengurangkan pencemaran udara dan meneutralkan bau gas kentut, Flat-D, syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah menghasilkan inovasi yang sangat kreatif dan genius dengan menghasilkan pad seluar dalam istimewa.

Digelar 'Flat-D Flatulence Deodorizer', pad pelekat yang nipis ini dilapik dengan lapisan arang dan dipakai di dalam seluar dalam, sebelah bahagian dalam punggung. Ianya membantu untuk menyerap bau gas dan menyelesaikan masalah kentut berbau.

Pad seluar dalam penyahbau ini sesuai untuk dipakai lelaki mahupun wanita dan didatangkan dalam versi pakai buang mahupun cucian semula. Ala-ala pampers pulak dah.
pad-seluar-dalam-penyahbau-kentut-1
Sekarang, anda tidak perlu lagi risau untuk menahan kentut di tempat awam dan bolehlah kentut dengan senang hati dan penuh nikmat, tanpa menyumbang kepada pencemaran udara dan ganggu gugat kepada orang ramai.

Ok. Terinspirasi dengan produk genius ni, saya ingat nak merekacipta pad seluar dalam yang mampu mengurangkan bunyi kentut pula. Rasa-rasanya boleh jual tak? Haha.
pad-seluar-dalam-penyahbau-kentut-2
pad-seluar-dalam-penyahbau-kentut-3

Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. homaiii...tp seswai utk yg kentut busuk...ngaahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.benda ni mmg direka utk yg berkentut busuk.

      Delete