Rekaan Masjid Mampan dan Futuristik Di Abu Dhabi

masjid-abu-dhabi
Rekaan masjid futuristik dan mampan yang direka oleh Suhail Mohammed Suleiman, arkitek dari UAE ini bakal menerapkan beberapa ciri untuk mengurangkan penggunaan sumber tenaga, yang melayakkannya digelar masjid eko atau eco-mosque.





Cadangan rekabentuk ini telah mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa UAE dan bakal dibina di Pulau Saadiyat, walaupun pembinaannya masih belum dimulakan. Antara ciri-ciri unik yang terdapat pada masjid ini ialah reka bentuk kontemporari yang menggunakan polimer separa lutcahaya bernama Corian yang hanya membenarkan cahaya untuk masuk tetapi dalam masa yang sama menghalang kemasukan haba.

Ciri ini akan mengurangkan penggunaan penyaman udara pada musim panas, selain mengurangkan kebergantungan kepada pencahayaan dari sumber elektrik.

Selain itu, untuk menjimatkan air yang merupakan sumber sukar diperolehi di rantau tersebut, air lebihan dari wuduk para jemaah akan dikitar semula untuk mengairi tanaman dan landskap di persekitaran masjid tersebut.
rekabentuk-masjid-futuristik-dan-mampan-abu-dhabi
Antara ciri-ciri lain rekaan yang menjadi projek graduasi pelajar dari ALHOSN University ini adalah pemasangan panel berkuasa solar, dua menara melambangkan bentuk bulan sabit yang menghadap kaabah dan akan dilengkapkan dengan pembinaan pusat islam di sebelah bahagian masjid.
suleiman-arkitek-masjid-futuristik-dan-mampan-abu-dhabi
Suleiman berharap masjid ini akan dibina di Pulau saadiyat, di mana ianya akan disertai dengan pembinaan muzium Guggenheim Abu Dhabi dan Louvre Abu Dhabi menjelang tahun 2017.

Sumber dari RTCC

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

5 comments: