Suit Motorsikal Ala Batman Dari Filem Dark Knight Rises (10 Gambar)

suit-motosikal-batman
Bersempena dengan pelancaran filem The Dark Knight Rises, UD Replicas telah menghasilkan suit motorsikal ala-ala suit yang dipakai oleh Batman dari filem The Dark Knight Rises.







Suit yang digelar 'Batman Movie Replica Leather Motorcycle Suit' ini memaparkan detail-detail dan design sebijik macam yang ditayangkan dalam filem, jadi sambil menunggang motosikal anda bolehlah berlagak macam Batman mengejar penjahat di Gotham City.

Tujuan suit ini direka bukan sahaja bersempena dengan tayangan filem tersebut dan untuk fanboy yang sangat fanatik, tetapi ianya juga direka untuk kegunaan penunggang motorsikal yang sebenar.

Antara ciri-cirinya ialah diperbuat daripada bahan tahan lasak yang berkualiti tinggi, termasuk bahagian dalaman yang diperbuat daripada kevlar (kalis peluru), bahagian kulit bergred tinggi, bahagian perisai pada siku, lengan, bahu dan bahagian belakang yang mendapat kelulusan.

Harga lengkap satu suit termasuk jaket, seluar, sarung tangan, boot dan pouch adalah US1564 Dollar. Kalau convert mungkin dalam lebih kurang RM5000. Tapi jaket, seluar, sarung tangan dan boot boleh dibeli berasingan. Amacam? Kalau dah beli suit ni dan pakai di jalan raya sila expect orang ramai untuk lihat anda dengan muka pelik sambil membuat mimik muka 'dafuq?'.

suit-motorsikal-batman
suit-kostum-dark-knight
bahagian-belakang
sarung-tangan
boot-suit-batman
Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment