Rekod 70 Billion Buku Disimpan Di Dalam DNA Sebesar Ibu Jari!

Berkemungkinan selepas ini kita tidak akan memerlukan thumbdrive, DVD mahupun external hard disk kerana saintis telah menemui stor penyimpan data yang lebih efektif, iaitu something yang terdapat dalam badan kita sendiri: DNA.





Satu pasukan dari Wyss Institute for Biologically Inspired Engineering di Universiti Harvard telah menemui satu cara untuk menyimpan lebih kurang 70 billion buah buku di dalam satu ruang yang bersaiz sebesar ibu jari. Pasukan tersebut telah berjaya memasukkan data yang mengandungi 70 billion buah buku itu ke dalam DNA, memecahkan rekod yang pernah disimpan di dalam DNA sebelum ini sebanyak gandaan 1000.

Rumah Moden Berbentuk Kepompong Di Pulau Jeju Korea (11 Gambar)

Bagi sesiapa yang minat drama Korea dan layan Kepop tu pasti tahu satu tempat di Korea bernama Pulau Jeju.

Di pulau tersebut, baru-baru ini firma senibina Planning Korea telah menghasilkan satu reka bentuk yang unik bagi kondominium mewah yang berasaskan ciri-ciri semulajadi.



Cocoon House atau Rumah Kepompong dilengkapkan dengan kolam renang outdoor yang menghadap laut, dapur dan ruang tamu, bilik persidangan, perpustakaan kecil dan taman di atas bumbung.

MENAKJUBKAN! Lelaki Mengangkat Tangan Selama 40 Tanpa Menurunkannya

lelaki-angkat-tangan-40-tahun
Cuba bayangkan anda angkat tangan mendepa ke atas, berapa lama agaknya anda boleh tahan. Lima minit, sepuluh minit, setengah jam?

Berapa lama pun masa yang anda boleh tahan, pasti tak boleh lawan dengan seorang lelaki dari India ini. Sebab dia sudah mengangkat tangan tidak pernah turun-turun selama... hampir 40 tahun!

15 Haiwan Paling Comel Yang Hampir Pupus Di Seluruh Dunia

haiwan-paling-comel-hampir-pupus
Secara umumnya, apabila berkata tentang masalah kepupusan spesies di planet ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa selain diri sendiri.

Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini. 



Atau lebih spesifik lagi, kemusnahan habitat akibat aktiviti pembangunan dan perdangangan hidupan liar merupakan punca utama penurunan bilangan spesies di muka bumi ini. Disebabkan ketamakan kita sendiri, sanggupkah kita lihat haiwan-haiwan comel yang tidak bersalah seperti di bawah ini pupus dan hilang terus dari muka bumi?

LAWAK! Pertandingan Mencari Orang Paling Malas Di Dunia

siesta-world-cup
Suka tidur berlebihan merupakan antara ciri-ciri orang yang malas.

Jika anda termasuk dalam kategori ini, usah risau atau susah hati kerana percaya atau tidak, orang malas juga sebenarnya dihargai.





Buktinya, mereka ini dihargai sehinggakan pertandingan piala dunia untuk mencari orang paling malas turut dianjurkan.

MENAKJUBKAN! Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

kfc-logo
Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang.

Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini.




Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi? Tidak.

Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.

KFC.

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

GILA! Persembahan Tarian Bikini Dalam Kapal Terbang

vietjet-air-bikini-show
Bikini show dalam kapal terbang?

Apakah hiburan yang terbaik untuk mengelakkan penumpang daripada bosan ketika naik kapal terbang selain daripada menonton movie dan bermain dengan budak kecik yang mabuk kapal terbang macam dalam cerita Mr Bean? Bikini show!



Itulah idea yang muncul dalam fikiran VietJet Air, syarikat penerbangan tambang murah ala-ala Air Asia dari Vietnam apabila mereka membawa penumpang terbang dari Ho Chi Minh ke kawasan pantai Nha Trang awal bulan ini.

Tweet Menggunakan Kasut Sukan Adidas?

adidas-twitter-shoes
Kasut Adidas ada Twitter?

Dengan berakhirnya Olimpik London 2012, Adidas menghasilkan satu rekaan kasut yang disasarkan untuk kegunaan atlit pada Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Apa yang menariknya pasal kasut ni? Ianya memaparkan Twitter update pada bahagian luar kasut tersebut.


Dinamakan 'Social Media Barricade', ianya dilengkapi dengan skrin LCD yang dilekatkan pada bahagian permukaan kasut yang akan memaparkan update terbaru dari @adidasbarricade. Menurut Adidas, mereka menggambarkannya sebagai masa depan perhubungan antara atlit dan dijangka akan dikeluarkan menjelang Olimpik 2016.

Cara Paling Lawak Pernah Digunakan Untuk Meningkatkan Trafik Blog

tingkatkan-trafik-blog
Antara cara paling berkesan untuk meningkatkan trafik blog adalah dengan menggunakan keyword yang relevan.








Contohnya kalau niche blog anda berkisar tentang resipi-resipi kuih tradisional, mestilah anda akan tulis pasal resipi kuih bahulu, badak berendam, seri muka dan sebagainya, dan bukannya merapu pasal tips menghilangkan bau badan, melawat zoo tengok badak warna pink, cara-cara menaikkan seri muka dan sebagainya kan.

Basikal Tercanggih Di Dunia Keluaran Aston Martin (4 Gambar)

basikal-aston-martin
Aston Martin biasanya terkenal dalam pengeluaran kereta-kereta mewah yang awesome dan cool, dan kalau anda biasa tengok cerita James Bond, kereta jenama inilah yang selalu menjadi pilihan abang Bond.






Tapi bagaimana pula kalau Aston Martin mengeluarkan basikal pula? Basikal untuk James Bond?

Protes Mengutuk Adidas Di Olimpik London

protes-kutuk-adidas
Penunjuk perasaan yang mengutuk jenama terkenal Adidas menjadikan sebuah bangunan yang menghadap Olympic Park di London sebagai billboard gergasi bagi mengutuk jenama tersebut atas dakwaan eksploitasi ke atas pekerja.





War on Want, pertubuhan amal anti kemiskinan yang bertapak di London memancarkan projection setinggi 65 kaki ketika kira-kira 80,000 pengunjung baru pulang dari menyaksikan lumba lari 100m akhir Ahad lepas.

Kisah Paling Lawak Dalam Sejarah Olimpik Di Kolam Renang

eric-moussambani
Dalam acara renang, Michael Phelps adalah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, merupakan perenang terhebat sepanjang zaman dan juga ahli Olimpik paling banyak menggondol pingat dalam sejarah.






Tapi sebelum Phelps, siapakah perenang yang mendapat tumpuan dunia? Diperkenalkan, Eric Moussambani dari Equatorial Guinea.

Eric Moussambani terkenal bukanlah kerana beliau berjaya memecahkan rekod dunia atau meraih pingat emas dalam sukan tersebut, tetapi kerana beliau merupakan seorang perenang yang hampir-hampir tak tahu berenang.

25 Bangunan Paling Pelik Dan Aneh Dari Seluruh Dunia

bangunan-pelik
Bangunan pada asal fungsinya adalah untuk memberi perlindungan kepada penghuninya.

Pada asalnya manusia zaman batu tinggal di dalam gua sebelum mereka mendapat ilham untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti pokok, tanah liat dan sebagainya untuk membina rumah.


Sehinggalah konkrit dicipta di mana bahan ini membolehkan manusia untuk membina perlbagai bentuk bangunan memandangkan sifatnya yang mudah dibentuk mengikut acuan masing-masing.

Sejak itu gabungan kreativiti manusia dan mungkin sedikit masa lapang serta akal gila-gila yang tak tahu apa lagi nak dibuat, bangunan-bangunan pelik, aneh dan kreatif serta bangunan yang mencabar engineering seperti bangunan tertinggi di dunia di China yang akan dibina selama 90 hari sahaja ini mula dicipta.

Pandelela Meraih Pingat Gangsa Buat Malaysia Dalam Olimpik London

pandelela-rinong-olimpik
Atlit terjun Malaysia, Pandelela Rinong berjaya merangkul pingat gangsa bagi Malaysia selepas menduduki tempat ketiga dalam acara terjun 10m platform di Olimpik London yang dipertandingkan awal pagi tadi.

Sementara pingat emas pula dimenangi atlit dari China, Chen Ruolin dan pingat perak milik atlit Australia, Brittany Broben.

Pandelela menjadi atlit Malaysia pertama yang memenangi pingat di olimpik melalui acara sukan selain badminton dan merupakan atlit wanita pertama yang berjaya meraih pingat bagi Malaysia. Walaupun ketinggalan di tempat ke-10 dalam terjunan ketiga namun anak kelahiran Sarawak ini berjaya bangkit untuk menduduki tempat ketiga dengan pungutan mata sebanyak 359.20.

Kita Semua Boleh Belajar Sesuatu Dari Lelaki Yang Hebat Ini

narayanan-krishnan
Masa di bazar ramadhan saya rasa ramai yang akan nampak peminta derma yang berdiri di tepi sepanjang laluan gerai-gerai.

Selalunya mereka meminta derma untuk rumah anak-anak yatim, sekolah agama dan pertubuhan amal yang lain.



Tak kurang juga ada yang meminta sedekah, mungkin pakcik-pakcik, makcik-makcik kurang upaya yang menagih sedikit sumbangan dari orang ramai yang sibuk membeli juadah di situ. Tapi yang sedihnya ramai yang hanya sibuk berfikir, mencari juadah yang sedap-sedap untuk berbuka nanti tanpa memikirkan kesusahan orang lain.

Apa salahnya kalau ada duit lebih sikit tu, hulur-hulurkanlah. Tak banyak pun tak apa, yang penting kita dah kurangkan sikit beban mereka.

7 Atlit Olimpik Cameroon Hilang Larikan Diri Di London

atilit-olimpik-cameroon
Sekumpulan atlet dari Cameroon ini mungkin tidak memenangi apa-apa pingat, tetapi mereka yang datang dari negara miskin ini telah berjaya mencapai sesuatu yang mereka sangat harapkan - kebebasan!






Tujuh orang atlit iaitu lima orang peninju, seorang perenang dan seorang pemain bola sepak telah berpaling tadah dari negara mereka dengan melarikan diri, dan berkemungkinan untuk mencari suaka di Britain, menurut seorang pegawai yang mengetuai delegasi Olimpik negara tersebut.

MENGERIKAN! Bunyi Jeritan Dikeluarkan Bintang Apabila Ditelan Lubang Hitam Di Angkasa

bintang-ditelan-lubang-hitam
Pernah dengar bagaimana bunyinya bintang menjerit?

Baru-baru ini saintis telah merekodkan bunyi terakhir yang dikeluarkan oleh sebutir bintang yang ditelan oleh lubang hitam, yang diibaratkan sebagai 'quasiperiodic oscillations' jika dibandingkan dengan jeritan manusia. Macam seram bukan?


Ahli astronomi, Jon Miller berkata, "anda boleh menganggapnya sebagai seolah-olah mendengar jeritan bintang ketika ianya ditelan."

20 Fotografi Menakjubkan Dari Pertandingan Foto National Geographic

tasik-tekapo-new-zealand
Pertandingan National Geographic Traveler Photo Contest yang dianjurkan setiap tahun oleh National Geographic baru sahaja tamat tarikh tutupnya.

Pertandingan yang menarik lebih daripada 12,000 penyertaan ini akan diumumkan pemenangnya tidak lama lagi.


Terdapat empat kategori fotografi yang dipertandingkan iaitu travel portaraits, outdoor scenes, sense of place dan spontaneous moments. Bagi sesiapa yang meminati fotografi ataupun nak melihat keindahan fotografi yang diambil oleh setiap peserta yang setiap satunya memang menakjubkan dan mengagumkan, anda boleh pergi ke website National Geographic Traveler.

Suasana Ibu Pejabat Google Di New York Yang Sangat Cool (12 Gambar)

google-new-york
Jika sebelum ini saya pernah paparkan suasana di dalam ibu pejabat Facebook di California, kali ini saya nak cerita pasal ibu pejabat Google di New York pula.

 Siapa yang tak kenal google kan. Mengikut statistik, Google digunakan lebih kurang 81% sebagai search engine berbanding Bing (8.73%), Yahoo (7.5%) dan lain-lain.

Popularnya Google sampaikan perkataan Google itu sendiri menjadi satu perkataan rasmi dalam internet. Kalau nak cari sesuatu maklumat dalam internet, kita kebiasaannya tak cakap,

"cuba search ket internet", tapi biasanya kita akan cakap;

"google je la."

Paksa Diri Untuk Senyum Akan Membuatkan Anda Lebih Bahagia

paksa-senyum
Anda tertekan dan sedang bersedih? Memaksa diri anda untuk senyum mungkin boleh membantu.

Kedengarannya mungkin agak aneh, dan mungkin akan dianggap sedikit tak betul oleh orang sekeliling, tengah tension buat apa senyum kan?




Tetapi satu kajian yang diterbitkan di Psychological Science menerangkan bahawa dengan memaksa diri untuk senyum, anda akan terasa lebih tenang.

Payung Cahaya Berbentuk Igloo Yang Mempersonakan!

payung-cahaya-berbentuk-igloo
Pada 25 Mei hingga 11 Jun lalu, satu festival yang digelar Vivid Sydney telah dianjurkan di Sydney, Australia yang merupakan festival cahaya, muzik dan idea yang terbesar pernah diadakan di hemisfera selatan.






Dengan lebih daripada 60 persembahan cahaya yang dipersembahkan dengan menghimpunkan artis-artis dari seluruh dunia termasuk dari Perancis, Poland, Hong Kong, Scotland, Amerika, Brazil, Singapura, New Zealand dan Australia.

Tema Merdeka: Rais Yatim Tetap Berdegil

rais-yatim
Seperti yang semua sedia maklum, tema kemerdekaan kita tahun ini iaitu Janji Ditepati memang mendapat tentangan banyak pihak.








Senang cerita semua yang berkaitan dengan kemerdekaan ke-55 tahun ini boleh buat orang meluat dan sakit hati kadang-kadang, dari slogan, logo (yang kononnya ditukar setiap minggu), lagu (yang dikatakan diciplak dari lagu gospel Indonesia) beserta liriknya sekali.

Lelaki Mengamuk Hancurkan 7 Kereta Polis Dengan Traktor

lelaki-mengamuk-hancurkan-kereta-polis
Kalau anda mengamuk akibat disaman oleh polis akibat speed trap contohnya, apa yang anda akan buat?

Paling teruk mungkin maki-maki di Facebook atau menyumpah seranah di Twitter. Tapi lain pula dengan seorang lelaki di Amerika Syarikat ini yang rebel dia lain macam sikit.



Beliau mengamuk dengan menghancurkan 7 buah kereta polis dengan menggunakan traktor.

83 Juta Akaun Palsu Di Facebook, Tanda Kejatuhan Facebook?

akaun-palsu-facebook
Anda ada akaun palsu Facebook? Atau mungkin pernah terjumpa dengan profile-profile yang kadang-kadang letak nama mengarut macam kamen rider, spongebob, patrick atau parody account Hasbullah Awang atau Samy Vellu contohnya semata-mata untuk troll?




Kalau ada, anda termasuk dalam 83 juta akaun palsu di Facebook.

Syarikat Jepun Keluarkan Robot Ala Gundam Yang Boleh Dikawal dan Dibeli!

robot-jepun
Anda sukakan kartun Transformers ataupun Gundam? Kalau suka tahap die hard fan, ini berita baik untuk anda.

Sebuah syarikat dari Jepun, Suidobashi bakal mengeluarkan robot yang anda boleh kawal dan gerakkan sendiri, dan paling penting, boleh dibeli dan dimiliki.



Pekerja Di Pentagon Diberi Amaran Supaya Tidak Lagi Melayari Laman Web Lucah

peluru-berpandu
Agensi Pertahanan Peluru Berpandu Pentagon memberi amaran tegas kepada kakitangannya dan kontraktor yang berurusan supaya berhenti menggunakan komputer di tempat kerja untuk melayari laman web lucah.






Dilaporkan terdapat beberapa kejadian pekerja ditangkap kerana melayari dan mendownload video lucah di situ, lapor pengarah agensi tersebut.

Kampus Paling Nikmat Di Dunia (13 Gambar)

kampus-paling-nikmat
Tietgenkollegiet (Tietgen Student Hall) merupakan kediaman bagi pelajar-pelajar yang terletak di Copenhagen, Denmark.

Matlamat utama pembinaan bangunan ini adalah untuk menyediakan tempat tinggal yang berfasiliti first class bagi pelajar-pelajar Denmark.



Seni binanya yang sangat menarik berbentuk bulatan dikatakan mendapat inspirasi daripada seni bina tradisional China yang dipanggil Hakka Architecture.

Perkampungan Tenggelam Ditelan Bumi Di India

kampung-ditelan-bumi
Untuk hampir satu abad, penduduk di sebuah perkampungan di India berjudi dengan nyawa masing-masing apabila kediaman mereka terletak betul-betul di atas medan arang batu yang terbakar.

Lebih malang lagi apabila rumah-rumah mereka tenggelam ditelan bumi, kadang-kadang bersama penghuninya sekali.


Perkampungan yang terletak di Jharia, India itu terletak di atas medan arang batu yang perlahan-lahan memakan tanah di situ. Arang batu merupakan sumber asli yang berharga di India dan disebabkan itu, terdapat beberapa dakwaan yang menyatakan kejadian itu berpunca daripada kerajaan.