83 Juta Akaun Palsu Di Facebook, Tanda Kejatuhan Facebook?

akaun-palsu-facebook
Anda ada akaun palsu Facebook? Atau mungkin pernah terjumpa dengan profile-profile yang kadang-kadang letak nama mengarut macam kamen rider, spongebob, patrick atau parody account Hasbullah Awang atau Samy Vellu contohnya semata-mata untuk troll?




Kalau ada, anda termasuk dalam 83 juta akaun palsu di Facebook.

Dalam maklumat terkini yang dikeluarkan Facebook rabu lalu, syarikat media sosial tersebut melaporkan 8.7 peratus daripada 955 juta pengguna aktifnya di seluruh dunia adalah akaun pendua mahupun akaun palsu. Akaun pendua (duplicate account) termasuk dalam 4.8% (45.8 juta) daripada pengguna aktif Facebook.
akaun-palsu-facebook
Mengikut terma perkhidmatan media sosial tersebut, pengguna tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu akaun atau mendaftarkan akaun bagi orang lain (ok, ini saya baru tahu). Ibu bapa yang mendaftarkan akaun untuk anak-anak mereka pula melakukan dua kesalahan, kerana kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan mendaftarkan akaun di Facebook.

Apa yang paling merisaukan pihak Facebook adalah terdapat kira-kira 1.5% (14.3 juta) akaun yang diwujudkan semata-mata untuk melanggar peraturan yang ditetapkan Facebook seperti menyebarkan spam.

Menurut pihak Facebook lagi, mereka percaya jumlah akaun palsu tersebut secara umumnya lebih rendah di negara-negara maju seperti Amerika atau Australia, dan lebih tertumpu di negara-negara membangun seperti Indonesia dan Turki.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak Facebook akan melumpuhkan akaun-akaun tersebut. Walaupun data-data dari akaun yang dilumpuhkan tidak akan lagi dapat diakses orang ramai, namun ianya akan disimpan di server untuk tujuan keselamatan. Selain itu, jika akaun anda didapati bersalah dan dilumpuhkan, anda tidak dapat lagi untuk membuka akaun tanpa kebenaran daripada Facebook.

Perkembangan ini dijangka memberi masalah kepada Facebook dengan harga saham media sosial itu ditutup lebih daripada 4 sen pada US 20.04 Dollar, penurunan yang sangat ketara sebanyak 47% sejak ia dilancarkan pada Mei lalu pada kadar US 38 Dollar.

Dengan semakin banyak rungutan yang diterima Facebook termasuk cara media sosial itu mengurus maklumat peribadi penggunanya, adakah ini menandakan Facebook berada dalam ambang kejatuhan? Mungkin seperti Myspace, pengguna akan mula beralih kepada media sosial yang lain. Google+ mungkin?

Pendapat anda bagaimana?

Sumber dari CNN

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment:

  1. Aktifkan semula akaun Facebook saya yang telah dilumpuhkan

    ReplyDelete