Rekod 70 Billion Buku Disimpan Di Dalam DNA Sebesar Ibu Jari!

Berkemungkinan selepas ini kita tidak akan memerlukan thumbdrive, DVD mahupun external hard disk kerana saintis telah menemui stor penyimpan data yang lebih efektif, iaitu something yang terdapat dalam badan kita sendiri: DNA.





Satu pasukan dari Wyss Institute for Biologically Inspired Engineering di Universiti Harvard telah menemui satu cara untuk menyimpan lebih kurang 70 billion buah buku di dalam satu ruang yang bersaiz sebesar ibu jari. Pasukan tersebut telah berjaya memasukkan data yang mengandungi 70 billion buah buku itu ke dalam DNA, memecahkan rekod yang pernah disimpan di dalam DNA sebelum ini sebanyak gandaan 1000.

Ahli genetik Universiti Harvard, George Church telah memilih buku yang ditulisnya sendiri iaitu Regenesis sebagai subjek ujian dan menyimpannya sebanyak 70 billion kali.
buku
Sebelum in saintis telah lama beranggapan bahawa DNA berpotensi dijadikan sebagai medium penyimpan data yang menakjubkan kerana ianya sangat padat, stabil, cekap tenaga dan terbukti mampu berfungsi selama lebih daripada 3.5 billion tahun. Mereka menggunakan kod binari untuk menyimpan teks, gambar dan format buku tersebut dan apa yang menariknya ialah ketumpatan data yang boleh disimpan iaitu sebanyak 5.5 petabits, ataupun sebanyak 1 juta gigabits setiap milimeter padu.

Antara kelebihan menyimpan data dalam DNA ini ialah ianya sangat tahan lama, anda boleh menyimpannya di mana sahaja, di padang pasir atau di belakang rumah, dan ianya akan tetap di situ selama 400,000 tahun.

Secara teorinya, DNA seberat 4 gram mampu menyimpan data digital yang dihasilkan seluruh umat manusia dalam satu tahun. Ianya sudah pasti akan menjimatkan ruang untuk penyimpanan data. Awesome!
DNA-struktur
Sumber dari Inhabitat

Artikel Berkaitan:
Sukakan artikel ini? Jemput 'like' Facebook kami untuk mendapatkan informasi-informasi menarik yang diupdate setiap hari:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment:

  1. Great ! Really awesome ! Itu teknologi baru yang dijumpai manusia. Dalam Quran, Allah ceritakan tentang padang mahsyar dan akhirat...agak2 teknologi pada masa tu ? Mahkamah Allah yang mengadili manusia pertama hingga manusia terakhir...ketepatan, kecepatan, kecekapan, dan keadilan yang tak dapat disangkal. Allah Maha Hebat.

    ReplyDelete