Tweet Menggunakan Kasut Sukan Adidas?

adidas-twitter-shoes
Kasut Adidas ada Twitter?

Dengan berakhirnya Olimpik London 2012, Adidas menghasilkan satu rekaan kasut yang disasarkan untuk kegunaan atlit pada Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Apa yang menariknya pasal kasut ni? Ianya memaparkan Twitter update pada bahagian luar kasut tersebut.


Dinamakan 'Social Media Barricade', ianya dilengkapi dengan skrin LCD yang dilekatkan pada bahagian permukaan kasut yang akan memaparkan update terbaru dari @adidasbarricade. Menurut Adidas, mereka menggambarkannya sebagai masa depan perhubungan antara atlit dan dijangka akan dikeluarkan menjelang Olimpik 2016.
Ok, jujurnya design ini memang sangat mengarut. 

Pasti pelik rasanya bila semua atlit ketika pertandingan berlangsung, masing-masing check kasut semata-mata untuk check tweets. Tak dapat dikenalpasti samada ianya juga dijual untuk orang ramai, tapi kalau anda dapat tahan tengok tweets atas skrin yang macam skrin handphone Nokia 3310, why not? 

Mohon nanti atlit Malaysia tidak memakai kasut ini.
kasut-sukan-adidas-twitter
social-media-barricade
lcd-display
Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment