MENAKJUBKAN! Lelaki Mengangkat Tangan Selama 40 Tanpa Menurunkannya

lelaki-angkat-tangan-40-tahun
Cuba bayangkan anda angkat tangan mendepa ke atas, berapa lama agaknya anda boleh tahan. Lima minit, sepuluh minit, setengah jam?

Berapa lama pun masa yang anda boleh tahan, pasti tak boleh lawan dengan seorang lelaki dari India ini. Sebab dia sudah mengangkat tangan tidak pernah turun-turun selama... hampir 40 tahun!


Mahant Amar Bharti Ji, seorang bekas kerani dari New Delhi, India telah mengangkat tangan kanannya dan tidak pernah diturunkan sejak dari tahun 1973 sebagai penghormatan kepada dewa Shiva. Ceritanya bermula pada tahun 1970 apabila Amar meninggalkan pekerjaan, keluarga dan rakan-rakan beliau untuk mengabadikan diri untuk agama.
Mahant-Amar-Bharti-Ji
Tiga tahun kemudian, merasakan beliau masih belum bebas daripada kehidupan lamanya, Amar mula mengangkat tangan sebagai tanda ketaatan.

Hampir 40 tahun berlalu, beliau tidak pernah menurunkan tangannya itu.

Perbuatan beliau itu telah menyebabkan tangannya kehilangan fungsi, yang tinggal hanyalah daging dan tulang yang terpacak ke atas ala-ala statue of liberty tanpa boleh digunakan lagi. Amar berkata beliau menempuh kesakitan yang amat buat beberapa tahun namun kini beliau tidak merasa apa-apa lagi.

Kebanyakan pengikut Amar telah menyertai beliau, mengangkat tangan masing-masing selama beberapa tahun, malahan melebihi satu dekad. Yang pastinya jika mereka berkumpul bersama beramai-ramai pasti pemandangan yang dapat kita lihat adalah sangat epik.

Itu kepercayaan mereka, jadi kita tak boleh cakap apa-apalah, tapi pasti lebih awesome jika mereka mengangkat kedua-dua belah tangan masing-masing. Bayangkan.
tangan-reput
lelaki-angkat-tangan-selama-40-tahun

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment