Kita Semua Boleh Belajar Sesuatu Dari Lelaki Yang Hebat Ini

narayanan-krishnan
Masa di bazar ramadhan saya rasa ramai yang akan nampak peminta derma yang berdiri di tepi sepanjang laluan gerai-gerai.

Selalunya mereka meminta derma untuk rumah anak-anak yatim, sekolah agama dan pertubuhan amal yang lain.



Tak kurang juga ada yang meminta sedekah, mungkin pakcik-pakcik, makcik-makcik kurang upaya yang menagih sedikit sumbangan dari orang ramai yang sibuk membeli juadah di situ. Tapi yang sedihnya ramai yang hanya sibuk berfikir, mencari juadah yang sedap-sedap untuk berbuka nanti tanpa memikirkan kesusahan orang lain.

Apa salahnya kalau ada duit lebih sikit tu, hulur-hulurkanlah. Tak banyak pun tak apa, yang penting kita dah kurangkan sikit beban mereka.

Kali ni saya nak cerita sedikit pasal seorang lelaki hebat ni yang kisah hidupnya pasti membuatkan kita rasa malu dengan diri sendiri sebab agak pentingkan diri sedikit.
narayanan-krishnan
Narayanan Krishnan merupakan seorang bekas chef. Beliau meninggalkan kerjaya sebagai seorang chef dan mula melibatkan diri dalam kegiatan amal membekalkan makanan untuk mereka yang miskin dan tidak berumah di Madurai, Tamil Nadu, India sejak tahun 2002.

Krishnan yang lahir pada 1981 merupakan seorang chef yang telah memenangi anugerah dan bekerja di Taj Hotels, Bangalore dan pernah disenarai pendek untuk bekerja di Switzerland. Namun hidupnya berubah pada satu hari apabila beliau melawat keluarganya sebelum bertolak ke Eropah. Kata beliau,

"Saya terlihat seorang lelaki yang sangat tua, tersangat lapar sehingga memakan najisnya sendiri. Saya pergi ke hotel berhampiran dan bertanyakan mereka makanan apa yang ada di situ. Kemudian saya memberikan idli (sejenis makanan) kepada orang tua tersebut. Percayalah, saya tidak pernah melihat seseorang yang makan begitu lahap sebelum ini. Ketika orang tua tersebut makan makanan tersebut, matanya dibasahi dengan air mata. Ianya adalah air mata kegembiraan."
narayanan-krishnan
Sejak itu, dalam usaha beliau untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan, Krishnan telah mengasaskan Akshaya Trust pada tahun 2003 yang membantu untuk menyalurkan makanan kepada mereka yang tidak berumah dan kurang upaya dari segi mental di Madurai, Tamil Nadu. Beliau menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kepada 400 orang miskin dan orang tua di Madurai.

Beliau juga memotong rambut dan mencukur mereka yang tidak berkemampuan tersebut untuk menyemaikan rasa kasih sayang. Atas jasa itu, beliau telah dipilih sebagai salah seorang daripada 10 orang dalam senarai 'CNN Heroes 2010.'

Nak tahu lebih lanjut, boleh tonton video di bawah:

Bagaimana, hebat bukan beliau? Sanggup meninggalkan kerjaya yang menjanjikan gaji yang besar-besar semata-mata untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Mungkin kita tak mampu lakukan perkara hebat seperti beliau tapi mulakanlah dengan perkara-perkara yang kecil.

Lain kali jika keluar ke mana-mana, ke bazar ramadhan atau pasar malam contohnya, sediakanlah duit kecil siap-siap dalam poket supaya senang untuk menderma kalau-kalau terjumpa peminta derma atau sedekah di tengah jalan. Sekurang-kurangnya kita dah kurangkan sedikit beban mereka.

Sumber dari CNN

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment