Pandelela Meraih Pingat Gangsa Buat Malaysia Dalam Olimpik London

pandelela-rinong-olimpik
Atlit terjun Malaysia, Pandelela Rinong berjaya merangkul pingat gangsa bagi Malaysia selepas menduduki tempat ketiga dalam acara terjun 10m platform di Olimpik London yang dipertandingkan awal pagi tadi.

Sementara pingat emas pula dimenangi atlit dari China, Chen Ruolin dan pingat perak milik atlit Australia, Brittany Broben.

Pandelela menjadi atlit Malaysia pertama yang memenangi pingat di olimpik melalui acara sukan selain badminton dan merupakan atlit wanita pertama yang berjaya meraih pingat bagi Malaysia. Walaupun ketinggalan di tempat ke-10 dalam terjunan ketiga namun anak kelahiran Sarawak ini berjaya bangkit untuk menduduki tempat ketiga dengan pungutan mata sebanyak 359.20.

pandelela-rinong
Menurut Pandelela yang kelihatan mengalirkan air mata sebaik mengetahui beliau berjaya meraih pingat gangsa berkata,

"Acara terjun tidak begitu popular seperti sukan-sukan lain di Malaysia. Saya berharap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk menceburi sukan ini dan menyokong pasukan Malaysia."

Tahniah diucapkan kepada Pandelela Rinong kerana berjaya menyumbang pingat gangsa selepas Dato Lee Chong Wei menyumbang pingat perak melalui acara badminton buat Malaysia. Tak sia-sia nampaknya Pandelela diberikan penghormatan untuk membawa bendera Malaysia ketika acara pembukaan Olimpik London beberapa hari dahulu.

Bak kata Haji Hasbullah Awang ketika itu, "Ah, manis, manis!"

Sumber ESPN

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment