MENAKJUBKAN! Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

kfc-logo
Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang.

Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini.




Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi? Tidak.

Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.

KFC.

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini. 

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri  disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.
resipi-rahsia-kfc
Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.

Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:

"Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami."
colonel-sanders
"Gimme your mooooneyy..."

Seriously? Ini resipi nak gorang ayam je kot! 

Jadi kalau lain kali anda pergi makan di KFC cuba fikirkan bagaimana resipi ayam goreng yang anda makan tu disimpan begitu ketat macam dalam cerita Mission Impossible hinggakan hanya dua orang sahaja di dunia ni yang tahu rahsia tersebut. Pasti pelik rasanya.

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

5 comments:

  1. bgi sy itu perlu uk mereka kukuhkan perniagaan merka.klu semua org nak tahu utk copy paste smpi bila kita tak akn maju dan pelbagaikan pernigaan kita hee...

    mungkin bg kita haya resepi ayam jer tpi bg merka berusaha bersungguh2 tu mungkin bg mrka harta yg bernilai.sungguhpun ia tak blh bawa smpi ke mati pun he..

    cam2 cara eh tpi yg mesin atm tu pun org ssggup bt apa lgi nak amik resepi ni sah2 cam2 cara org akan bikin

    wahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, betul jugak tu. kalau senang2 boleh dapat resipi tu siapa2 pun boleh buat. even sekarang pun ada pasar malam yg jual ayam gorang ala-ala kfc, hehe.
      tp yg lawaknya cara diorang kawal resipi tu, dah macam dalam movie pulak, haha.

      Delete
  2. tak mustahil.top secret kot.
    kalo semua org tau tak jadi la sedap.
    aku pun ada trfikir jugak psl ni dah lama..mesti secret recipe kfc nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, rasanya kalau semua orang tahu boleh bankrap juga kfc ni sebab semua boleh jual ayam goreng yg sama, haha. diorang sangat jaga ketat secret recipe ni.

      Delete
  3. malaikat dapat masuk

    ReplyDelete