Syarikat Jepun Keluarkan Robot Ala Gundam Yang Boleh Dikawal dan Dibeli!

robot-jepun
Anda sukakan kartun Transformers ataupun Gundam? Kalau suka tahap die hard fan, ini berita baik untuk anda.

Sebuah syarikat dari Jepun, Suidobashi bakal mengeluarkan robot yang anda boleh kawal dan gerakkan sendiri, dan paling penting, boleh dibeli dan dimiliki.



Robot yang boleh dikawal melalui bahagian kokpit ini dikeluarkan oleh Suidobashi Heavy Industry yang bertujuan untuk memperkenalkan robot ala-ala Gundam atau video game Front Mission ke khalayak ramai.

Rekaannya direka oleh seorang pereka dari Jepun, Kogoro Kurata yang baru-baru ini telah diperkenalkan kepada orang ramai dan dikhabarkan akan dihasilkan secara besar-besaran dan dijual kepada orang ramai.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tonton video di bawah:
Hah, amacam, cool bukan? Mungkin tak lama lagi kita akan menaiki robot kalau nak ke kedai beli gula instead of motor atau kereta. Weird.
robot-kuratas
Sumber dari Core77

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment