Cara Paling Lawak Pernah Digunakan Untuk Meningkatkan Trafik Blog

tingkatkan-trafik-blog
Antara cara paling berkesan untuk meningkatkan trafik blog adalah dengan menggunakan keyword yang relevan.








Contohnya kalau niche blog anda berkisar tentang resipi-resipi kuih tradisional, mestilah anda akan tulis pasal resipi kuih bahulu, badak berendam, seri muka dan sebagainya, dan bukannya merapu pasal tips menghilangkan bau badan, melawat zoo tengok badak warna pink, cara-cara menaikkan seri muka dan sebagainya kan.

Tapi ada sesetengah pengendali website/blog yang kadang-kadang nak meningkatkan trafik sampai menggunakan cara yang agak lawak juga, dengan harapan boleh menggebang Google. Kisah ni saya ambil dari blog Matt Cutts. Bagi sesiapa yang mengkaji pasal SEO (search engine optimization) mungkin familiar dengan nama ni. Matt Cutts adalah ketua pasukan webspam Google dan bekerja di bidang Search Quality Google, khusus dalam isu-isu SEO.

Kisahnya bermula dengan seorang mamat bernama Alex Chiu yang konon-kononnya berjaya menghasilkan produk yang membolehkan manusia hidup kekal abadi:


Peh, siapa yang tak nak hidup kekal abadi kan. Tapi masalahnya timbul bila si mamat ni mendakwa Google tak mengindex website beliau, alexchiu.com sebab khabarnya Google ada konspirasi nak menghalang orang ramai daripada mendapatkan produk beliau. Dah macam teori konspirasi freemason pulak. Dalam website tersebut, beliau ada menulis:



Hah, hebat juga produk Alex Chiu ni sampai boleh melingkupkan Google. Jadi si Matt Cutts ni buatlah research kenapa website tersebut tak diindex, akhirnya di bahagian paling bawah website tersebut, ini yang beliau jumpa:

Apa yang ada dalam box yang kecil ya amat tu? Nampak macam ada beberapa perkataan yang tersembunyi. Inilah perkataan-perkataan tersebut:


Waa, seriously? Internal vaginal aphrodisia doping hardware? Plasma tv advanced chart? Menonton plasma tv boleh buatkan orang hidup kekal abadi ke?

Siap ada alien cemetery. Mungkin dengan melakukan pemujaan mengkebumikan makhluk asing boleh menambahkan jangka hayat manusia. Porsche 911 pun ada.

Jadi itulah masalah dia, si Alex Chiu ni nak menaikkan trafik ke laman beliau dengan melambakkan keywords yang tak relevan, dengan harapan pelayar internet yang mencari karpet terbang (lihat floating mattres) akan masuk ke website beliau. Jadi sesiapa yang ada blog tu, elakkan guna cara begini. Tapi kalau nak guna boleh juga, sekurang-kurangnya kami ada bahan yang lawak untuk dibuat menganjing. Hehe.

Tapi rasanya website si  mamat yang kononnya menjual produk membolehkan hidup kekal abadi tu dah ok, dengan pagerank mencapai PR5 (woo!). Tapi dengan design website ala-ala tahun 90-an dihiasi dengan gif, rasanya ianya tetap masih boleh dibuat bahan lawak jika anda berkunjung ke sana.
alex-chiu
Anda inginkan hidup selama-lamanya?

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

3 comments:

  1. hahahhaha staillah cara die , men taram je asal dpt trafic hehehe

    ReplyDelete
  2. ★ JOM SERTAI & DENGARKAN DARI BLOG CRYSTALFM ★
    ◕ http://crystalfm1985.blogspot.com/ ◕

    ReplyDelete