15 Perpustakaan Paling Cantik Dari Seluruh Dunia

perpustakaan-paling-cantik-dunia
Tak lama dahulu dalam blog ini pernah dipaparkan entri 10 perpustakaan paling menakjubkan dari seluruh dunia.

Memandangkan saya ini seorang nerd yang gemar juga lepak di library sambil baca buku dan tidur di situ, maka kali ini saya nak cerita lagi pasal 15 perpustakaan yang tercantik di dunia.



Dengan perkembangan dunia teknologi sekarang yang menyaksikan kelajuan internet semakin pantas dan lebih meluas, serta penciptaan laptop yang semakin nipis dan ringan, komputer tablet, smartphone, Amazon Kindle dan sebagainya semakin menenggelamkan rasional dan penggunaan buku-buku tradisional.

Iklan 'Anti Jihad, Sokong Israel' Bakal Disiarkan Di New York, Amerika

iklan-anti-jihad
Nampaknya selepas penyiaran filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW di Amerika Syarikat, penyiaran kartun yang menghina Nabi dan Islam di media Perancis dan German baru-baru ini, sekali lagi pihak dari Barat cuba untuk mengapi-apikan perasaan umat Islam dari seluruh dunia.



Dijangkakan minggu depan, stesyen keretapi di New York akan memaparkan iklan anti jihad dan pro Israel yang bertulis, "In any war between the civilized man and the savage, support the civilized man. Support Israel, defeat jihad."

20 Gambar Ruang Kerja Yang Kreatif dan Menarik

ruang-kerja-kreatif
Tempat kerja sama ada di pejabat mahupun yang bekerja sendiri di rumah mestilah sentiasa kelihatan kemas dan teratur.

Ini bukan sahaja akan memberikan keselesaan bekerja kepada pekerja malahan memberi sumber inspirasi dan idea terutamanya kepada mereka yang bekerja di bidang kreatif.


Bagi saya ciri-ciri yang paling menarik bagi sesuatu tempat kerja atau workspace ialah yang membenarkan personalization atau mengubahsuai ruang di tempat kerja mengikut citarasa masing-masing seperti di pejabat Google di New York ini. Ini bukan sahaja akan memberikan lebih keselesaan, malahan membuatkan pekerja seperti berada di rumah sendiri. 

Panggung Wayang Terbelah Dua Ketika Menayangkan Filem 'Innocence of Muslim'?

Tadi masa tengah melayari twitter, saya tererempak dengan tweet ini dari akaun twitter Abby Abadi,

Awww... Comel Gila Anak Kucing Ni! (19 Gambar)

anak-kucing-comel
Kucing yang masih dalam fasa bayi atau masih kecil lagi memang sangat comel.

Mereka juga sangat lincah dan hiperaktif, suka berlari-lari, panjat memanjat dan kadang-kadang sampai boleh buat rumah berselerak dan berserabut dengan gelagat mereka. Anak kucing memang sangat comel!


Kadang-kadang badan kita sendiri boleh luka-luka dan tertinggal kesan parut kena cakar sebab anak-anak kucing yang masih kecil lagi memang tak ada sense untuk simpan kuku mereka, tak macam kucing yang dah besar.

10 Kampus Universiti Paling Cantik Di Dunia

universiti-paling-cantik
Sebelum ini saya pernah cerita tentang kampus paling nikmat di dunia yang terletak di Copenhagen, Denmark.

Memandangkan saya ini seorang (bekas dan bakal) mahasiswa dan saya yakin ramai di luar sana juga merupakan mahasiswa, jadi kali ini saya nak cerita pasal 10 kampus universiti paling cantik di dunia pula.

Awan Yang Dibentuk Dari 6000 Mentol Lampu (10 Gambar)

awan-daripada-lampu
Awan diperbuat daripada mentol lampu?

Diilhamkan oleh seorang artist dari Calgary, Canada, projek seni yang diberi nama 'Cloud' ini melibatkan pemasangan pencahayaan interaktif yang melibatkan orang ramai di mana orang ramai boleh mengambil bahagian dengan berdiri di bawah struktur tersebut dan menekan suis on dan off.


Kesannya, ianya akan menghasilkan kerlipan cahaya berbentuk awan elektrik.

Fakta Pelik Tentang Kucing Yang Perlu Anda Tahu (Infografik)

kucing-comel
Sebelum ini saya pernah cerita tentang fakta-fakta menarik tentang kucing, kali ini saya nak cerita hal yang sama tapi dalam bentuk infografik pula sebab saya memang sukakan kucing dan tak akan pernah jemu bercerita tentang bintang yang seekor ini. Hehe.




Mungkin bagi sesiapa yang ada membela kucing di rumah tu, informasi ini sangat berguna sebab anda boleh kenal lebih dekat tentang haiwan kesayangan anda. Kalau yang tak ada membela kucing tu, jadikan informasi tambahan juga tak ada salahnya.

Menakjubkan! Lelaki Palestin Bina Kereta Elektrik Pertama Di Gaza (Video)

Monzer-al-Qassas
Kenderaan berbentuk kotak berwarna putih dan biru ini meluncur atas jalan raya di Gaza dan menarik perhatian orang ramai.

Kereta yang berbentuk seperti golf cart ini dibina oleh Monzer al-Qassas, 32, seorang lelaki Palestin dan merupakan kereta elektrik pertama yang dibina di Gaza.

Iklan Menarik Orang Ramai Menaiki Bas Yang Sangat Lawak!

iklan-naik-bas
Ramai yang cakap naik bas tak cool berbanding naik transport sendiri. Saya ingat lagi masa tengah tunggu bas di perhentian bas di Shah Alam (seksyen 2) bersama orang-orang awam yang lain, ada beberapa mat-mat motor yang lalu-lalang memperlekeh kami sebab naik bas.

Yeah, mungkin naik bas tidaklah se-cool mana.

Pavilion Porsche Yang Unik Di German (9 Gambar)

porsche-pavilion
Pada awal tahun ini, architecture firm dari German, Henn Architekten yang diterajui oleh Gunter Henn telah berjaya merealisasikan rekaan mereka bagi pavilion untuk pengeluar kereta terkemuka, Porsche.

Pavilion yang mempunyai reka bentuk yang unik dan bergaris melengkung ini terletak di kilang Porsche iaitu di Wolfsburg, German.


Pavilion ini telah direka khas untuk melambangkan ciri-ciri khas yang terdapat pada kereta Porsche dan bahagian facade (permukaan luaran) struktur tersebut pula telah dibina dengan menggunakan tidak kurang daripada 620 kepingan keluli tahan karat.

Menarik! Anugerah Oscar Untuk Video Kucing

anugerah-oscar-kucing
Hah, siapa-siapa yang ada kucing kat rumah tu mungkin boleh ambil video kamera atau phone masing-masing dan rakam aksi kucing-kucing comel anda dan anda berpeluang untuk masuk dalam anugerah Oscar untuk video kucing.





Memandangkan internet dan kucing memang tidak dipisahkan terutamanya di dalam Youtube, Friskies (ya, makanan kucing tu) akan menganjurkan pertandingan 'The Friskies' - anugerah Oscar untuk video kucing di internet pada 2012.

Rambut Mohawk Tertinggi Di Dunia

rambut-mohawk-tertinggi
Punk's Not Dead? Kazuhiro Watanabe, pereka fesyen dari Jepun telah diiktiraf oleh Guiness World Records sebagai manusia yang mempunyai rambut mohawk tertinggi di dunia. Rambut mohawk yang dimiliki Watanabe berketinggian 3 kaki 8.6 inci dan beliau mengambil masa selama 15 tahun untuk membelanya.

16 Fotografi Unik dan Menakjubkan Dari Jepun, Berlin dan Paris

Hidup dalam bandaraya besar memang menyesakkan.

Semuanya bergerak pantas. Err, in case kalau anda naik public transport mungkin tidaklah sepantas mana sebab kena tunggu lama baru transport nak sampai, atau ketika traffic jam misalannya. Namun ia tetap menyesakkan.


Dikelilingi orang ramai yang masing-masing berjalan macam tengah lumba jalan kaki, lampu-lampu yang berkelip, dan kereta-kereta yang berlalu pantas merupakan senario biasa di bandaraya-bandaraya besar. Stephanie Jung, seorang jurugambar mendapat idea untuk mengabadikan moment yang kelam-kabut ini menjadi satu hasil seni yang unik dan mengagumkan.

MENGAGUMKAN! Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi (2)

coca-cola
Jika sebelum ini saya pernah cerita tentang rahsia yang hanya diketahui oleh dua orang sahaja di dunia ini (hint: KFC), kali ini saya nak cerita benda yang sama juga, iaitu rahsia yang hanya dipegang oleh dua orang sahaja tapi melibatkan benda lain.





Apakah itu? Hint: ianya minuman berkarbonat yang paling famous di dunia dan selalu diminum terutamanya jika anda ke McD.

Ianya tidak lain tidak bukan ialah Coca-Cola.

Tetikus Keluaran BMW Yang Sangat Canggih (3 Gambar)

Baru-baru ini BMW Designworks USA telah bekerjasama dengan Thermaltake untuk menghasilkan sebuah tetikus yang berteknologi tinggi.

Ya, BMW yang biasanya kita dengar mengeluarkan kereta-kereta mewah yang bermutu tinggi tu.




Diberi nama 'Level 10 M', tetikus tersebut dikatakan merupakan impian bagi setiap kaki-kaki games.

Tetikus tersebut diperbuat daripada aloi (bahan ringan dan tahan karat yang selalu digunakan dalam pembinaan kapal terbang dan seni bina), mempunyai lubang-lubang pada bahagian atas khas bagi mereka yang mempunyai tangan yang lembap, dan menampilkan lima butang yang boleh diprogram dan satu butang 'Z-key', sebagai tambahan kepada dua butang yang biasa didapati pada tetikus tersebut.

Menara Hashtag Di Seoul Korea Yang Menakjubkan (12 Gambar)

menara-seoul-korea
Menara untuk Twitter?

Baru-baru ini sebuah firma architecture antarabangsa dari Copenhagen, Denmark, Bjarke Ingels Group (BIG) telah menghasilkan satu pelan konsep bagi sebuah komples kediaman di Korea Selatan.




Projek yang dikenali sebagai Cross # Towers itu bakal menjadi sebahagian daripada pelan induk bagi projek pembangunan di Yongsan International Business District di Seoul.

Struktur menara tersebut menampilkan rekaan menyerupai simbol hashtag (bagi generasi Twitter pasti sangat familiar dengan simbol ini), termasuk dua bahagian menara yang berlainan ketinggian disambungkan dengan jambatan serenjang.