Menarik! Anugerah Oscar Untuk Video Kucing

anugerah-oscar-kucing
Hah, siapa-siapa yang ada kucing kat rumah tu mungkin boleh ambil video kamera atau phone masing-masing dan rakam aksi kucing-kucing comel anda dan anda berpeluang untuk masuk dalam anugerah Oscar untuk video kucing.





Memandangkan internet dan kucing memang tidak dipisahkan terutamanya di dalam Youtube, Friskies (ya, makanan kucing tu) akan menganjurkan pertandingan 'The Friskies' - anugerah Oscar untuk video kucing di internet pada 2012.

Untuk mengambil bahagian, mudah sahaja. Anda hanya perlu menghantar video kucing anda ke salah satu daripada empat kategori yang dipertandingkan: CATNESS: tingkah laku kucing, CATCOM: situasi-situasi lucu yang melibatkan kucing anda, CATVENTURE: kucing yang mengembara di dalam rumah ataupun CATCH ALL: kategori lain-lain di mana ianya tidak termasuk dalam ketiga-tiga kategori tadi.

Empat pemenang dari setiap kategori dan pemenang keseluruhan akan dipilih oleh panel hakim bebas dan undian secara online.

Hadiahnya? Lumayan juga, 15,000 US Dollar kepada pemenang keseluruhan dan pemenang setiap kategori akan menerima 2,500 US Dollar setiap seorang dan bekalan makanan kucing selama setahun.
friskies-internet-video-award
Jika anda tidak mempunyai kucing ataupun kucing anda memang bukan jenis camwhore, ataupun memang saja-saja malas nak masuk, anda masih lagi boleh mengambil bahagian dengan memberi sumbangan derma kepada tabung Friskies, di mana mereka akan menderma 5 tin makanan kucing kepada salah satu daripada 25 pusat penjagaan kucing bagi setiap penyertaan, undian, like atau share yang mereka terima di Facebook page mereka.

Tarikh tutup penyertaan adalah 12 Oktober 2012.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh alwati laman web Friskies.

Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment