Iklan Menarik Orang Ramai Menaiki Bas Yang Sangat Lawak!

iklan-naik-bas
Ramai yang cakap naik bas tak cool berbanding naik transport sendiri. Saya ingat lagi masa tengah tunggu bas di perhentian bas di Shah Alam (seksyen 2) bersama orang-orang awam yang lain, ada beberapa mat-mat motor yang lalu-lalang memperlekeh kami sebab naik bas.

Yeah, mungkin naik bas tidaklah se-cool mana.

Untuk menggalakkan orang ramai menaiki bas dan memusnahkan tanggapan ramai bahawa naik bas adalah tidak cool, Midttrafik, agensi pengangkutan awam dari Denmark, mengeluarkan satu iklan yang agak lawak juga. Iklan tersebut memaparkan keseronokan dan keterujaan penumpang yang menaiki bas dalam expression yang sangat hiperbola, menunjukkan seolah-olah menaiki bas adalah perkara paling cool dan awesome yang boleh anda lakukan dalam hidup.

Cakap banyak tak guna, kena tengok sendiri baru boleh tahu bagaimana tahap lawaknya. Ada dalam versi Denmark dan versi UK. Jadi macam mana, lepas tengok iklan ni ada rasa nak naik bas semula? Haha.

Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment