Menara Hashtag Di Seoul Korea Yang Menakjubkan (12 Gambar)

menara-seoul-korea
Menara untuk Twitter?

Baru-baru ini sebuah firma architecture antarabangsa dari Copenhagen, Denmark, Bjarke Ingels Group (BIG) telah menghasilkan satu pelan konsep bagi sebuah komples kediaman di Korea Selatan.




Projek yang dikenali sebagai Cross # Towers itu bakal menjadi sebahagian daripada pelan induk bagi projek pembangunan di Yongsan International Business District di Seoul.

Struktur menara tersebut menampilkan rekaan menyerupai simbol hashtag (bagi generasi Twitter pasti sangat familiar dengan simbol ini), termasuk dua bahagian menara yang berlainan ketinggian disambungkan dengan jambatan serenjang.

Kedua-dua bahagian menara tersebut masing-masing berketinggian 214 dan 204 meter dengan jambatan menghubungkan kedua-dua menara tersebut pada ketinggian 70 dan 140 meter. Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada menara tersebut adalah sky gardens, 600 unit perumahan dan kemudahan-kemudahan lain termasuk perpustakaan, ruang galeri dan tadika.
seoul-hashtag-tower
menara-hashtag-korea-selatan
seoul-hashtag-tower
Sumber dari Design Boom

Artikel Berkaitan:
Sukakan artikel ini? Jemput 'like' Facebook kami untuk mendapatkan informasi-informasi menarik yang diupdate setiap hari:

No comments:

Post a Comment