Panggung Wayang Terbelah Dua Ketika Menayangkan Filem 'Innocence of Muslim'?

Tadi masa tengah melayari twitter, saya tererempak dengan tweet ini dari akaun twitter Abby Abadi,


Panggung-Wayang-Terbelah-Dua-Ketika-Menayangkan-Filem-'Innocence-of-Muslim
Masa saya buat screen capture ni, labih daripada 1200 yang telah retweet. Tapi betul ke cerita ni? Kenapa tak ada keluar dalam berita? Aha, ini mesti konspirasi media-media antarabangsa milik Yahudi yang berpakat sembunyikan cerita ni sebab tak nak orang ramai tahu tentang kebenaran Islam.

Lepas tu saya search dekat google sikit. Rupa-rupanya bangunan tersebut bukanlah dilanda gempa bumi baru-baru ini lepas tayangkan filem 'Innocence of Muslim' tapi adalah dari gempa bumi yang berlaku di Chile pada tahun 2010 lalu dengan magnitud pada skala 8.8. Boleh rujuk di sini, sini dan sini.
gempa-bumi-chile
Fakta tambahan tentang gempa bumi tersebut: gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010 tersebut sangat kuat sehingga memberi amaran tsunami kepada 53 negara. Ianya juga dianggarkan sangat kuat sehinggakan telah memendekkan masa pada hari tersebut sebanyak 1.26 microseconds dan memesongkan gerakan paksi bumi sebanyak 8 cm. Laporan juga menganggarkan seramai 521 orang yang maut.

Hah, siapalah yang memandai buat cerita palsu ni. Mungkin Abby Abadi terjumpa gambar tersebut kat mana-mana dan terus tweet tanpa usul periksa. Ya, memang tak dinafikan filem 'Innocence of Muslim' yang menghina Nabi Muhammad SAW itu memang sangat terlampau dan perlu dikutuk, tapi bukan ini caranya dengan mengada-ngadakan cerita palsu. Ini lebih menampakkan kelemahan umat Islam yang mudah sangat percaya dengan khabar-khabar angin dan menjadi bahan gelak ketawa pada agama lain.

Keimanan tentang kebesaran Allah itu datangnya dari hati, bukannya dari gambar-gambar yang tak betul sebegini. Mohon maaf jika ada tersilap cakap. Abby Abadi juga telah meminta maaf akan kesilapan beliau itu. Mohon jadi pengajaran buat kita semua.

Update: Rupanya kat facebook pun dah banyak tersebar cerita ni. Aduyai..

No comments:

Post a Comment