Pavilion Porsche Yang Unik Di German (9 Gambar)

porsche-pavilion
Pada awal tahun ini, architecture firm dari German, Henn Architekten yang diterajui oleh Gunter Henn telah berjaya merealisasikan rekaan mereka bagi pavilion untuk pengeluar kereta terkemuka, Porsche.

Pavilion yang mempunyai reka bentuk yang unik dan bergaris melengkung ini terletak di kilang Porsche iaitu di Wolfsburg, German.


Pavilion ini telah direka khas untuk melambangkan ciri-ciri khas yang terdapat pada kereta Porsche dan bahagian facade (permukaan luaran) struktur tersebut pula telah dibina dengan menggunakan tidak kurang daripada 620 kepingan keluli tahan karat.

porsche-pavilion
Antara ciri-ciri menarik struktur ini adalah ianya disambungkan dengan landskap luaran yang terdapat di sekeliling pavilion, di mana ianya membentuk bahagian akustik dan menyediakan tempat duduk bagi beberapa ratus orang pengunjung.

Di bahagian dalamannya pula terdapat ruangan terbuka di mana pengunjung berpeluang melihat model-model kereta Porsche beserta sejarah mereka.
henn-architekten
porsche-pavilion-germany
porsche-cars
Floor plan

Sumber dari Daily Tonic

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment