Tetikus Keluaran BMW Yang Sangat Canggih (3 Gambar)

Baru-baru ini BMW Designworks USA telah bekerjasama dengan Thermaltake untuk menghasilkan sebuah tetikus yang berteknologi tinggi.

Ya, BMW yang biasanya kita dengar mengeluarkan kereta-kereta mewah yang bermutu tinggi tu.




Diberi nama 'Level 10 M', tetikus tersebut dikatakan merupakan impian bagi setiap kaki-kaki games.

Tetikus tersebut diperbuat daripada aloi (bahan ringan dan tahan karat yang selalu digunakan dalam pembinaan kapal terbang dan seni bina), mempunyai lubang-lubang pada bahagian atas khas bagi mereka yang mempunyai tangan yang lembap, dan menampilkan lima butang yang boleh diprogram dan satu butang 'Z-key', sebagai tambahan kepada dua butang yang biasa didapati pada tetikus tersebut.

bmw-computer-mouse
Bahagian atas tetikus tersebut juga boleh diubahsuai untuk menyesuaikan ketinggian dan sudut darjah mengikut pilihan pengguna.

Tetikus 'Level 10 M' tersebut didatangkan dengan 4 pilihan warna; hitam berlian, putih besi, hijau tentera dan merah menyala.  Ianya akan boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai utama di Amerika, Eropah dan Asia pada harga mencecah 99 US Dollar.

Bagi yang kaki-kaki games tu mungkin boleh simpan duit untuk tetikus ni untuk mendapatkan feeling yang menginzal semasa bermain games, tapi jika anda hanya bermain games Mario seperti saya, mungkin lebih baik kekalkan penggunaan tetikus yang lama. Hehe.
tetikus-bmw
Sumber dari Motor Authority

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment