Batu-Bata Diperbuat Daripada Darah (5 Gambar)

batu-bata-darah
Darah haiwan merupakan salah satu daripada bahan buangan paling prolifik yang boleh didapati di dunia.

Berdasarkan fakta tersebut, Jack Munro, seorang arkitek telah menghasilkan satu inovasi di mana darah tersebut boleh digunakan dalam bidang pembinaan.



Dengan mencampurkan darah haiwan bersama pasir dan kemudian membakar campuran tersebut, Munro mampu menghasilkan batu-bata tidak larut. Walaupun batu-bata tersebut tidak mempunyai kekuatan yang tinggi, sekurang-kurangnya ianya kalis air.

Batu-bata tersebut yang sesuai digunakan di kawasan beriklim gersang seperti di timur tengah, Munro yakin bahawa penghasilan batu-bata berasaskan darah haiwan tersebut mampu menjana keuntungan. Buat masa ini, beliau sedang mencari dana untuk membina sebuat rumah prototaip diperbuat daripada bahan binaan tersebut.

Hmmm, tinggal dalam rumah yang diperbuat daripada darah, creepy juga kan?
batu-bata-darah-haiwan
jack-munro
Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment