Kuala Lumpur Diiktiraf Bandaraya Membeli-Belah Kedua Terbaik Di Asia

kuala-lumpur
Menurut Global Shopper Index yang dikeluarkan baru-baru ini, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia sekaligus meningkatkan nama bandar itu sebagai syurga membeli-belah.







25 bandaraya di rantau itu dipantau mengikut lima kategori: kedai, budaya dan iklim, hotel dan pengangkutan, kemampuan dan kemudahan membeli. Kuala Lumpur mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 65 daripada 100.

Tempat pertama dimiliki oleh Hong Kong dengan markah sebanyak 68.5, dengan Shanghai di tempat ketiga (63.1) dan Beijing di tempat keempat (60.7). Antara bandaraya-bandaraya utama lain yang disenaraikan ialah Singapore (60.2), Bangkok (57.1),  Tokyo (56.4) dan Seoul (54.8)

Indeks tersebut menjelaskan kekuatan Kuala Lumpur terletak pada keupayaannya untuk menggabungkan harga rendah bersama pelbagai jenis produk di kebanyakan kedai dan pusat membeli-belah, termasuk tiga daripada sepuluh pusat membeli-belah terbesar di dunia.

Menurut indeks itu lagi, kejayaan ini hasil daripada pelaburan besar yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan KLCC dan Bukit Bintang sebagai pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia.

Global Shopper Indeks tersebut dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit, yang merupakan sebahagian daripada Ecnomist Group dan ditubuhkan sebagai unit penyelidikan untuk akhbar The Economist.

Sumber dari The Star

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment