MENGGERUNKAN! Pintu Ke Neraka Ditemui Di Turkmenistan (9 Gambar)

pintu-ke-neraka
Apakah tempat yang paling menggerunkan dan menakutkan?

Mungkin kebanyakan akan menjawab neraka, di mana di situlah tempatnya manusia-manusia yang tidak beriman diseksa kelak di hari akhirat. Sebagai orang Islam, kita wajib mengimani hal tersebut.



Tapi bagaimana pula jika terdapat pintu yang menyambungkan ke neraka di dunia ini?

pintu-ke-neraka
Walaupun ianya bukanlah pintu yang benar-benar bersambung ke neraka, namun itulah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kepada kawah berapi yang terdapat di Turkmenistan ini, 'The Door to Hell" (pintu ke neraka).

Pada tahun 1971, apabila sekumpulan pelombong menggali gas asli di Darvaza, Turkmenistan, tanah yang menampung pelantar gerudi telah runtuh, dan menyebabkan terhasilnya lubang besar dengan keluasan kira-kira 60 meter diameter. Untuk mengelakkan gas beracun keluar dari lubang tersebut, pelombong-pelombong tersebut telah memutuskan untuk membakar gas yang terdapat di dalam lubang itu.

Lebih 40 tahun kemudian, kawah tersebut masih terbakar sehingga ke hari ini tanpa henti, dan memberikannya gelaran 'pintu ke neraka'. Tiada siapa yang dapat memastikan berapa jumlah gas dan tenaga yang telah terbakar, namun ianya seperti tidak akan habis di situ.
darvaza-turkmenistan
neraka-dunia
the-door-to-hell

Amacam? Ada sesiapa yang berani terjun ke dalam? Mungkin anda dapat sedikit gambaran bagaimana rupanya neraka. Haha.

Sumber dari The Blog Below

Artikel Berkaitan:
Sukakan artikel ini? Jemput 'like' Facebook kami untuk mendapatkan informasi-informasi menarik yang diupdate setiap hari:

No comments:

Post a Comment