Sangat Lawak! Video Game Pertama Keluaran Korea Utara

Tahukah anda, walaupun pemerintahan Korea Utara memang sangat kuku besi dan kejam hingga membiarkan rakyatnya mati kebuluran dan memenjarakan mereka yang menentang kerajaan, namun ada kalanya apa yang pemerintahan Korea Utara lakukan agak lawak juga sebenarnya.


Contohnya, Korea Utara pernah menculik pengarah filem dari Korea Selatan dan memerintahnya untuk mengarah filem godzilla versi Korea Utara pada lewat 70 an yang lalu. Dan filem tersebut memang sangat disaster.


Kim Jongzilla!

Dalam satu lagi kes, ketika Korea Utara telah kantoi dengan Korea Selatan dan PBB ketika usaha mereka untuk menggali terowong ke Korea Selatan, pemerintahan Korea Utara menafikan dakwaan tersebut dengan mendakwa tujuan penggalian tersebut adalah untuk melombong arang batu. Namun PBB dan Korea Selatan tidak percaya kerana terdapat bukti penggalian tersebut adalah untuk membina terowong dan memang sejelas-jelasnya di situ tiada langsung kesan arang batu.

Jadi apa yang Korea Utara buat? Menggunakan taktik untuk menipu budak-budak, Korea Utara telah menghantar orang ke dalam terowong tersebut untuk mengecat dinding terowong dengan cat hitam supaya ianya kelihatan seperti arang batu kononnya dapat menipu PBB dan Korea Selatan.

Ta-da! Selesai masalah!

Baru-baru ini pula, Korea Utara telah mengeluarkan video game pertama mereka bertajuk 'Pyongyang Racer'. Game lumba kereta tersebut membawa pemain ke dalam game play selama 12 minit, di mana pemain akan memandu kereta secara berhati-hati untuk mengelak pelanggaran dan mengumpul tong gas untuk meneruskan perjalanan.

Bagaimana hebatnya game tersebut? Anda lihatlah sendiri, lawak juga sebenarnya, dalam video game pun mereka nak selitkan propaganda untuk mengawal rakyat mereka sendiri.

Mungkinkah video game ini dikeluarkan Korea Utara untuk meraikan Korea Selatan yang baru melantik presiden wanita pertama mereka yang baru dilantik semalam? Hmmm...

Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: