20 Kanak-Kanak, 6 Dewasa Mati Ditembak Di Sebuah Sekolah Di Amerika Syarikat (11 Gambar)

Sekali lagi dunia dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Amerika Syarikat.

Cuma kali ini ianya lebih menyayat hati di mana majoriti mangsa terkorban ditembak terdiri daripada kanak-kanak yang masih bersekolah.




Kejadian yang berlaku di Newton, Connecticut, Amerika Syarikat pada pagi Jumaat waktu tempatan itu bermula apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah sekolah di mana ibu penembak bekerja di situ sebagai seorang guru tadika, membunuh 20 kanak-kanak dan 6 orang dewasa. Penembak tersebut kemudiannya membunuh diri.

Seorang lagi mangsa, dipercayai ibu kepada penembak ditemui mati di sebuah rumah di Newton, membawa jumlah mangsa kepada 27 orang. Antara detail yang dikenal pasti dalam tragedi tersebut:

  • Adam Lanza, 20 tahun, telah dikenal pasti sebagai suspek penembak, manakala abang beliau, Ryan disoal siasat oleh polis tetapi pihak berkuasa mendapati beliau tiada kena mengena dengan kejadian tersebut
  • Berpakaian serba hitam dan memakai jaket kalis peluru, penembak dipercayai membawa beberapa senjata
  • Merupakan kejadian tembak di sekolah yang kedua terburuk dalam sejarah AS, selepas kejadian di Virginia Tech pada April 2007 yang membunuh 32 orang
Ini memang kejadian yang sangat menyayat hati, terutamanya majoriti mangsa terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah yang masih tidak tahu apa-apa. Ini menjadi pengajaran sebenarnya, walaupun semaju mana sesuatu negara itu sekalipun, tetapi jika ada seseorang yang mempunyai mental problem yang mampu mendapatkan akses kepada senjata api dengan begitu mudah, tak mustahil tragedi menyayat hati sebegini akan berulang lagi.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar kepada 'right to keep and bear arms' dalam second amendment yang terkandung dalam perlembagaan Amerika Syarikat.
connecticut-shooting
 Ibu bapa meninggalkan tempat kejadian selepas bersatu dengan anak masing-masing
 Kanak-kanak menanti di luar sekolah
 Ibu bapa bersedih sambil menunggu di luar bangunan yang disediakan untuk ahli keluarga mangsa yang terlibat
 Keluarga mangsa bersedih di atas tragedi
 Pemandangan sekolah Sandy Hook Elementary School
 Seorang wanita menunggu berita mengenai kakaknya, seorang guru di sekolah tersebut
 Anggota polis membawa kanak-kanak beredar dari Sandy Hook Elementary School di Newton
Dua orang awam beredar dari tempat kejadian dengan perasaan sedih
presiden-obama
Presiden Obama yang bersedih atas kejadian tersebut semasa memberikan ucapan
Orang ramai beratur dan berdoa di sebuah gereja di Newton

Sumber dari TIME

No comments:

Post a Comment