Suasana Ibu Pejabat Google Di London Yang Unik Dan Kreatif (14 Gambar)

Jika sebelum ini saya pernah paparkan tentang suasana ibu pejabat Google di New York dan juga ibu pejabat Facebook di California, kali ini saya nak teruskan lagi siri memaparkan suasana ibu pejabat yang cool dan kreatif yang dimiliki syarikat-syarikat terkemuka dunia.




Kali ini, suasana di ibu pejabat Google di London pula.

Ibu pejabat yang baru dibuka ini terletak di Covent Garden, London dan direka oleh pereka interior dalaman dari Penson. Ianya berkeluasan 15,000 meter persegi dan menempatkan beberapa kemudahan seperti gym, bilik urut dan studio tarian.

Selain itu ianya juga dilengkapi dengan lounge yang selesa untuk berehat dan sebuah taman di atas bumbung untuk menikmati pemandangan kota London yang menakjubkan. Jika anda selalu dengar cerita pasal Google ini, biasalah apabila di pejabat mereka terdapat bermacam perabot dan kelengkapan yang unik dan kreatif, yang direka sedemikian rupa untuk menggalakkan budaya kreatif di kalangan pekerja mereka.

Pasti seronok dapat bekerja di pejabat sebegini, macam longe hotel pun ada nampaknya.
sofa-istirehat
suasana-pejabat-google-london
lounge-pejabat-google-london
taman-bumbung
pintu-masuk-pejabat-google-london
bilik-conference-google
kafeteria-google-london
bilik-mesyuarat
suasana-ibu-pejabat-google-london
perpustakaan-pejabat
bangunan-ibu-pejabat-google-london
Sumber dari Telegraph

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment