Suasana Kafeteria Di Ibu Pejabat Facebook Yang Cool (8 Gambar)

Sebelum ini saya pernah paparkan tentang ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California yang baru dibuka Januari lepas, kali ini saya nak paparkan tentang kafeteria yang agak cool yang terdapat di ibu pejabat tersebut pula.

Apa yang cool sangat dengan kafetaria ini?


Hmmm, pada pandangan saya tiadalah apa yang cool sangat dengan kafeteria ini, biasa-biasa sahaja nampaknya jika nak dibandingkan dengan nama Facebook itu sendiri.

Tapi disebabkan memang tujuan awal Facebook sendiri yang inginkan kafeteria ini supaya kelihatan cool, dengan mengupah syarikat pereka Robin & Williams yang memang terkenal dalam design-design yang hip dan urban.

Lagipun kafeteria ini dinamakan sebagai Epic Cafe. Kira cool juga lah kan?

Antara ciri-ciri yang terdapat di sini ialah penggunaan perabot yang unik, print arts (gantungan majalah), mentol lampu terbuka dan banyaknya penggunaan rivet dalam rekaan mereka.

Jadi apa pendapat anda, menarik atau tidak? Bagi saya biasa-biasa sahaja.
facebook-cafeteria-menlo-park
epic-cafe-facebook
beratur-membeli-makanan
ruang-bersosial
pekerja-facebook-bersosial
print-arts-at-facebook-cafe
facebook-cafeteria
Sumber dari Co Design

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: