Negara Paling Korup dan Paling Bebas Rasuah Di Dunia

korea-utara
Tidak memeranjatkan rasanya apabila Korea Utara ditabalkan sebagai negara paling korup di dunia, menurut ranking tahunan persepsi rasuah yang dikeluarkan Transparency International baru-baru ini.






Pertubuhan tersebut menilai 176 buah negara dengan memberi markah dari 0 (paling korup) hingga 100 (paling bersih). Antara yang dapat dikenalpasti melalui kajian tersebut:


  • Korea Utara, Afghanistan dan Somalia berkongsi mata sebanyak hanya 8 markah, menjadikan mereka sama-sama mendapat tempat terakhir
  • Denmark, Finland dan New Zealand merupakan negara paling bersih dengan berkongsi mata untuk kedudukan teratas
  • Krisis ekonomi zon Euro menyebabkan beberapa negara mengalami kejatuhan dalam penilaian bagi tahun 2012, terutamanya Greece di mana ianya jatuh 14 mata ke kedudukan ke-94. Ianya membuatkan Greece menjadi negara paling korup di dalam kesatuan Eropah.
  • Singapura merupakan negara paling bebas rasuah di Asia dengan mendapat tempat ke-5 manakala Malaysia di kedudukan ke-54, dan beberapa negara jiran lain seperti Indonesia (118), Thailand (88) dan Brunei (46).
  • Mengikut kesuluruhan kajian, ianya dilihat agak membimbangkan di mana lebih daripada dua pertiga negara di dunia medapat markah di bawah 50.
persepsi-indeks-rasuah-dunia

No comments:

Post a Comment