Ultraman Baru Yang Sangat Awesome dan Senggama Minda! (8 Gambar)

Masa kecil-kecil dulu mesti kebanyakan dari kita gemar menonton Ultraman, hero gergasi yang pakai kostum merah putih dari Jepun menentang raksasa yang cuba mengancam keselamatan bumi.

Macam yang kita tahu, Ultraman ni memang banyak kaum keluarga dia.



Ultraman Taro, Ultra Seven, Ultraman 80, Ultraman Ace, sampaikan bapak, mak dan datuk Ultraman pun ada. Macam mana diorang beranak pinak pun tak tahulah.

Tapi bila saya tengok cerita Ultraman ni dekat TV, kesian juga dekat penduduk Jepun sebab tiap-tiap minggu raksasa duk datang negara diorang pergi musnahkan segala benda. Kira tabah juga orang Jepun ni sebenarnya, haha.

Saya pun dah lama tak tengok Ultraman. Dah besar-besar macam ni tapi seronok lagi tengok Ultraman apa pula rupa dia ye tak. Tapi apa yang saya tengok, Ultraman ni banyak juga sudah melalui perubahan. Macam-macam jenis Ultraman yang ada sekarang, ada yang pakai kostum kaler biru, kuning, yang ada kepak, kiranya benyak juga beza dengan yang saya tengok masa kecil-kecil dulu.

Apa yang menariknya baru-baru ini saya terjumpa dengan Ultraman yang sangat ekstrem dan berbeza dengan kaum keluarga Ultraman yang lain atau dengan lain perkataannya, awesome! Ultraman ini tidak disiarkan di TV tetapi dalam bentuk manga atau komik.
ultaman-manga
Manga yang diberi nama 'Ultaman' ini dihasilkan oleh Eiichi Shimizu dan Tomohiro Shimoguchi yang dilukis dengan tema yang lebih gelap dan mengambil tempat beberapa dekad selepas cerita Ultraman yang asal. Ceritanya mengisahkan Shin Jiro, pelajar sekolah yang juga merupakan anak kepada Shin Hayate (Ultraman yang asal).

Shin Jiro merupakan seorang yang normal tetapi pada suatu hari takdir telah menemukannya dengan suit berteknologi tinggi yang akan mengubah nasibnya menjadi seorang superhero yang akan mempertahankan dunia. Jalan cerita manga ini juga akan mempersoalkan banyak isu-isu sosial seperti siapakah musuh yang sebenar, adalah ianya raksasa, makhluk asing ataupun manusia sendiri.

Episod pertama yang telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris boleh anda baca di sini (klik). Kira menarik juga ceritanya, berlainan dengan jalan cerita Ultraman yang biasa kita tengok sebelum ini. Jadi sesiapa yang minat Ultraman atau minat membaca manga tu bolehlah teruskan membaca sebab jalan cerita dia boleh kira menarik juga walaupun saya baru baca episod yang pertama.

Kalau yang tak minat baca manga tu bolehlah lihat gambar-gambar di bawah dan saksikan bagaimana awesome Ultraman versi ini. Jyeah!
ultraman-manga
ultaman-Eiichi-Shimizu-Tomohiro-Shimoguchi
shin-jiro
ultraman-heros-magazine
ultraman-manga-chapter-1
ultraman-manga
Artikel Berkaitan:
Sukakan artikel ini? Jemput 'like' Facebook kami untuk mendapatkan informasi-informasi menarik yang diupdate setiap hari:

No comments:

Post a Comment