Jambatan Pejalan Kaki Berbentuk Bulatan Yang Unik Di China (7 Gambar)

Kira-kira dua tahun lepas, jambatan pejalan kaki yang baru telah dibuka di Lujiazui, daerah Pudong di Shanghai, China.

Apa yang menariknya tentang jambatan pejalan kaki ini rekaannya yang berbentuk bulatan besar yang sangat unik dan menarik.



Ianya direka bagi pejalan kaki untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di roundabout yang terdapat di tengah-tengah bandar tersebut. Jambatan tersebut menghubungkan bangunan Oriental Pearl Tower ke tempat-tempat lain yang terdapat di sekitar seperti pusat membeli-belah dan kafe, stesyen transit dan bangunan-bangunan pejabat yang lain.

10 Senibina Paling Menggemparkan Dunia Yang Terdapat Di Timur Tengah

Tak dinafikan abad ke-21 merupakan permulaan kebangkitan sektor pembinaan di Timur Tengah, terutamanya di Dubai, dengan banyak bangunan dan mercu tanda yang dibina setiap tahun.






Bukan itu sahaja, malahan setiap projek ini menampilkan rekaan dan senibina yang sangat megah dan menakjubkan.

United Arab Emirates (UAE) contohnya, industri pembinaannya dianggarkan bernilai kira-kira 28.4 billion US Dollar pada tahun 2011, dengan unjuran pada tahun 2012 dan 2013 bernilai 33.84 billion dan 37.98 billion US Dollar masing-masing. Dengan sektor ekonomi Timur Tengah yang mula meningkat semula selepas krisis kewangan pada 2008 lalu dan penganjuran Piala Dunia di Qatar pada 2022 nanti, sektor pembinaan di sana dilihat akan semakin berkembang dan semakin banyak projek-projek baru akan dilaksanakan.

Kenapa Kita Rasa Geram Bila Lihat Benda-Benda Comel?

AMARAN: Entry post ini mengandungi unsur-unsur kecomelan keterlaluan yang akan membuatkan anda terasa sangat geram pada tahap melampau. Hehe.







Perasan tak apabila kita lihat sesuatu yang comel macam anak kucing, arnab, teddy bear, baby dan macam-macam lagi, pasti kita akan rasa geram? Kadang-kadang tu rasa geram sangat sampaikan rasa nak cubit, picit-picit, peluk kuat-kuat, cium berkali-kali, menggetap gigi sendiri dan pada tahap ekstrem mungkin sampai mengeluarkan perkataan yang tak difahami, "arghh, tomey, tomeynyeee, bucuk, bucuk, grrr!"

Kalau anda tak percaya cuba lihat gambar-gambar di bawah ini:

Meja Beralun Seperti Air Berharga Setengah Juta Dari Zaha Hadid

Jika anda selalu mengikuti perkembangan senibina (architecture), Zaha Hadid adalah merupakan nama yang tidak asing lagi.

Merupakan pemenang wanita pertama bagi Pritzker Architecture Prize bagi tahun 2004 dan Stirling Prize pada 2010 dan 2011, kebanyakan hasil senibina beliau berkisarkan konsep moden dan futuristik.


Sebelum ini saya pernah paparkan tentang antara senibina beliau yang terbaru di China, anda boleh baca di sini. Bukan sahaja hasil senibina beliau sahaja yang sering mendapat sambutan dan pengiktirafan, malahan rekaan perabot beliau juga tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini, rekaan meja yang diberi nama 'Liquid Glacial Table' beliau telah dicalonkan dalam kategori Designs of the Year 2013 yang dianjurkan oleh Design Museum London.

Video Games Mario Paling Susah Tahap Haram!

super-mario-world
Pastinya ramai dari kalangan kita terutamanya yang lahir masa tahun 80-an mahupun 90-an pernah main video games Mario.

Lagipun video games ini memang sangat popular ketika itu. Kalau sekarang budak-budak selalu main games apa ya, Angry Birds kot, haha.



Video games Mario ni terdapat dalam banyak versi, antaranya Super Mario Bros, Super Mario World dan sebagainya. Tapi tahukah anda versi games Mario manakah yang paling susah sekali untuk dimain? Atau dalam bahasa yang lebih tepat, games yang khas hanya untuk orang yang paling sabar di dunia.

Starbucks Berkonsep Perpustakaan Yang Unik Di Jepun (7 Gambar)

Sebelum ini saya pernah ceritakan tentang franchise Starbucks di Jepun yang unik di mana mereka menggunakan hiasan dalaman kayu sebagai konsep.







Kali ini saya nak cerita tentang Starbucks di Jepun juga cuma kali ini konsep yang diketengahkan ialah konsep yang bertemakan perpustakaan.

Starbucks yang terletak di Tokyo ini mengetengahkan konsep perpustakaan di dalam franchise mereka di mana rekaannya dibentuk seperti perpustakaan dan buku-buku yang disediakan ialah tentang jenis-jenis minuman espresso yang berlainan. Terdapat 9 jenis variasi buku dengan kulit yang berlainan warna, dengan setiap warna mewakili setiap variasi espresso yang disediakan di Starbucks tersebut.

25 Beg Membeli-Belah Yang Sangat Kreatif Dan Lawak!

beg-membeli-belah
Selalunya apabila kita membeli barang di sesuatu kedai atapun pasaraya, pasti kita akan dapat beg membeli-belah tak kiralah samada beg plastik, kertas mahupun beg kain.







Ikut kedai juga, kadang-kala ada kedai yang memberikan beg membeli-belah yang sangat kreatif dan cantik sampaikan kita rasa nak buang pun sayang.

Tapi hakikatnya selalunya kita akan dapat beg plastik yang design dia sangat plain sebab mereka pun nak jimat, haha. Tapi sekali-sekala kalau dapat beg membeli-belah yang cantik sekurang-kurangnya pembeli akan merasa dihargai dan berbaloi dengan barang yang dibeli. Selain itu, beg yang cantik dan kreatif juga akan menarik perhatian orang ramai dan menimbulkan rasa ingin tahu terhadap produk tersebut, nak-nak pula jika diselitkan elemen lawak di dalam rekaan beg membeli-belah tersebut.

11 Gambar Pemandangan Indah Dan Menakjubkan Dari China

China yang merupakan negara ketiga terbesar di dunia menyimpan pelbagai khazanah alam yang mempunyai pemandangan yang sangat indah dan menakjubkan.







Oleh itu tidak hairanlah negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia ini sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan tarikan utamanya iaitu tembok besar China.

Jadi untuk mengambil gambar seluruh pemandangan negara China dengan keluasannya yang sangat besar itu bukanlah tugas yang mudah, namun itulah yang cuba dicapai oleh Ed McGowan, seorang pengarah design dari PlainJoe Studios.

Tashirojima: Pulau Unik Dipenuhi Dengan Kucing Di Jepun

tashiro-jima
Boleh anda bayangkan bagaimana sebuah pulau yang didominasi sepenuhnya oleh kucing?

Kedengaran pelik, tapi itulah kisahnya tentang sebuah pulau kucing di Jepun ini.





Pulau kucing, atau juga lebih dikenali sebagai "Tashiro-jima" ini terletak berdekatan dengan bandar Ishinomaki di Jepun. Yang menariknya tentang pulau ini, anda boleh agak berdasarkan namanya, ianya dipenuhi dengan ratusan ekor kucing dan hanya terdapat kira-kira 100 orang penduduk, yang majoritinya berusia 65 tahun ke atas.

Hotel Berbentuk Igloo Yang Mengagumkan Di Finland (10 Gambar)

Baru-baru ini saya pernah paparkan tentang hotel mudah alih mesra alam yang membolehkan kita menikmati pemandangan semulajadi, kali ini saya nak cerita tentang jenis hotel yang sama juga cuma kali ini ianya dalam bentuk igloo.





Hotel berbentuk igloo yang dibina daripada gelas ini terletak di Kakslauttanen, Finland yang berdekatan dengan Urho Kekkonen National Park dan menawarkan pemandangan alam semulajadi yang memukau. 

Apa yang menarik pada hotel igloo ini adalah pada gelasnya yang dibina daripada teknologi moden, di mana ianya diperbuat daripada gelas terma khas yang mampu memanaskan suhu di dalam igloo dan ianya akan menjadi lebih jelas pemandangannya apabila suhu persekitaran menurun.

Kisah Inspirasi Untuk Dijadikan Pengajaran: Jutawan Yang Bekerja Sebagai Tukang Cuci Sekolah

Tyrone Curry hanyalah seorang tukang cuci di sebuah sekolah di Washington State, Amerika namun tidak ramai yang menyangka bahawa dari kelibatnya membersih halaman sekolah beliau merupakan seorang jutawan.





Apa yang lebih menarik lagi, beliau masih lagi tinggal di rumah kecil dan menjalani kehidupan biasa sama seperti sebelum beliau menjadi jutawan tanpa diduga.

Semuanya bermula apabila Tyrone Curry berjaya memenangi loteri tujuh tahun lalu yang bernilai 3.4 juta US Dollar (kira-kira RM10.3 juta). Bagi kebanyakan orang, apabila mendapat berita memperoleh wang sebanyak itu, mungkin mereka akan cepat-cepat berhenti kerja sebagai tukang cuci dan pergi enjoy, namun tidak bagi beliau.

Rekaan Antara Muka Facebook Baru Yang Sangat Cool Dan Menarik

Facebook adalah merupakan antara media sosial yang paling ramai pengguna di dunia ini.

Untuk memastikan Facebook terus relevan dengan kehendak semasa, banyak perubahan yang dilakukan dan diperkenalkan.




Baru-baru ini Facebook melancarkan graph search yang memudahkan pengguna untuk membuat carian di dalam website tersebut dan kalau anda masih ingat lagi, tidak lama dahulu konsep timeline telah diperkenalkan yang telah mecetuskan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pengguna.

Hotel Mudah Alih Mesra Alam Yang Sangat Cool (10 Gambar)

Selalunya kalau kita pergi camping di mana-mana, khemah akan dibawa untuk dijadikan tempat tidur.

Namun dengan kecanggihan teknologi sekarang, mungkin itu semua akan berubah. Mungkin pada masa hadapan kita akan membawa hotel mudah alih pula, seperti hotel yang ditunjukkan di sini.



Hotel mudah alih yang juga dinamakan sebagai DROP eco-hotel ini boleh dibawa dan ditempatkan di mana sahaja mengikut kesesuaian kawasan. Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada hotel ini adalah: dibina menggunakan struktur kayu dan keluli, rekaan yang mesra alam dan struktur hotel ini dibina terangkat di atas tanah supaya ianya tidak bersentuh dengan tanah untuk mengurangkan kerosakan pada tanah yang menampungnya.

Pengalaman Tengok Orang Kena Rasuk Dan Kisah Seram Di UiTM Seri Iskandar

histeria-kena-rasuk
Bila kecoh pasal cerita student kena rasuk di UiTM Lendu semalam sampaikan trending di Twitter dan media-media sosial yang lain, tiba-tiba saya teringat tentang pengalaman saya tak lama dahulu pernah tengok orang kena rasuk.





Tengok Orang Kena Rasuk


Cerita ni berlaku masa bulan puasa tahun 2011, masa tu saya tengah praktikal di KL. Malam tu lepas solat terawikh saya turun makan di sebuah restoran mamak berdekatan sebuah flat di Pantai Dalam, dalam pukul sebelas lebih macam tu tak silap.

Masa tengah sedap-sedap nak makan, saya ternampak ada sekumpulan warga Indonesia, dalam 7-8 orang dan seorang perempuan lalu di sebelah kedai mamak tersebut.

10 Kereta Konsep Paling Gempak Dan Menakjubkan

kereta-konsep
Apa-apa sahaja rekaan ataupun inovasi yang dibuat di dunia ini semuanya bermula daripada imaginasi.

Dari imaginasi itulah pereka akan mengembangkan idea tersebut hinggalah terhasilnya produk akhir sesuatu idea.




Tapi banyak juga idea mahupun konsep yang gagal dan tergendala disebabkan beberapa faktor dan projek tersebut dibiarkan terbengkalai. Untuk memastikan sesuatu idea adalah bernas dan memenuhi kehendak pengguna, selalunya prototaip ataupun rekaan awal akan dibina untuk diuji.

Begitu juga halnya dengan rekaan ataupun design bagi sesebuah kereta. Selalunya bagi sesebuah kereta yang rekaan dan teknologinya adalah sedikit radikal dan bersifat revolutionary, pereka dan syarikat pengeluar kereta tersebut akan menghasilkan sebuah kereta konsep terlebih dahulu untuk dijadikan tatapan orang ramai sebelum dipertimbangkan untuk dipasarkan.

40 Gambar Arnab Comel Yang Sangat Lucu Dan Cute!

Selain kucing, arnab juga sering dijadikan haiwan peliharaan di rumah.

Sebelum ini saya tak adalah minat sangat dengan arnab, tapi lepas tengok gambar-gambar arnab di internet, saya rasa comel juga arnab ni sebenarnya, mungkin lebih comel sedikit daripada kucing sebab badan dia bulat-bulat sikit kan. Hehe.


Arnab merupakan haiwan yang terdiri daripada keluarga mamalia dan terdapat beberapa jenis spesis arnab. Tahukah anda, haiwan pika yang menjadi inspirasi kepada Pikachu dalam kartun Pokemon itu sebenarnya adalah salah satu daripada keluarga arnab. Tapi sayangnya, pika sekarang sedang mengalami ancaman kepupusan, boleh baca di sini.

Kamera Kecil Yang Sangat Ringkas Dan Comel (6 Gambar)

Kamera kecil yang sangat simple dan comel ini adalah merupakan produk keluaran syarikat Muji dan direka oleh pereka bernama Forrest Radford.

Tema bagi kamera ini adalah seperti yang dapat anda lihat, ringkas dan mudah diguna.




Muji bukanlah satu jenama yang selalu mengeluarkan produk-produk berteknologi, oleh itu pereka yang mereka design kamera yang juga dipanggil Ka-mu-ra ini bercadang untuk mengetengahkan idea ringkas di mana ianya akan hidup apabila dibuka dan mati apabila ditutup.

30 Rekaan Tangga Rumah Moden Yang Sangat Unik Dan Kreatif

Tangga merupakan salah satu elemen bangunan yang penting untuk menghubungkan antara satu tingkat ke tingkat atas yang seterusnya, jika bangunan tersebut dibina melebihi satu tingkat.






Jika anda tidak ingin memasang tangga sekalipun, terdapat juga alternatif lain seperti lif contohnya, namun pemasangan tangga masih merupakan kaedah yang murah dan mudah.

Seiring dengan perkembangan dan improvisasi dalam bidang architecture dan interior design, semakin banyak rekaan tangga yang dibina dengan rekaan yang inovatif dan kreatif mengikut kesusaian dan keperluan bangunan yang dibina.

Terdapat pelbagai jenis rekaan dan bentuk tangga seperti tangga lurus, tangga berbentuk 'L', tangga berbentuk 'U', tangga lingkaran dan sebagainya yang direka mengikut kreativiti pereka selain haruslah mengikut panduan yang telah ditetapkan di dalam building regulations terutamanya tangga bagi kegunaan awam.

Rumah Gelas Dengan Rekaan Yang Sangat Cantik Dan Menarik (9 Gambar)

Sebelum ini saya pernah paparkan tentang sebuah rumah lutsinar di Jepun yang dibina daripada gelas, kali ini saya nak paparkan tentang senibina yang sama juga cuma kali ini rekaannya lebih cantik dan menarik sedikit.






Rumah yang hampir sepenuhnya dibina daripada gelas kaca ini direka oleh syarikat architecture Santambrogiomilano yang berpengkalan di Milan, Itali. Ianya direka bagi tujuan membolehkannya dibina di mana sahaja dan membenarkan penghuni rumah gelas ini untuk tinggal di dalam persekitaran semula jadi.

Setiap komponen rumah ini dibina sepenuhnya daripada gelas kaca kecuali bagi tingkat bawah. Terdapat dua konsep bagi rumah gelas ini, mengikut tempat ianya dibina, iaitu 'snow house' dan 'cliff house'.

Penjara Paling Mewah Di Dunia (17 Gambar)

Sebelum ini saya pernah ceritakan tentang penjara Halden di Norway, iaitu penjara paling nikmat dan berperikemanusiaan di dunia.

Kali ini saya nak cerita tentang penjara paling mewah di dunia pula.




Penjara yang dinamakan sebagai Justizzentrum Leoben ini terletak di Styria, Austria dan dibuka pada tahun 2004 lalu. Penjara yang mendapat gelaran penjara lima bintang kerana kemewahannya ini direka oleh arkitek Joseph Hohensinn dan menempatkan seramai 205 orang banduan.

Ianya dibina hampir sepenuhnya menggunakan gelas dan menempatkan beberapa fasiliti seperti gym, pusat sukan, bilik persendirian untuk tetamu dan banyak lagi.

Lebuh Raya 'Glow In The Dark' Yang Canggih Di Belanda

Pernah terfikir tentang lebuh raya glow in the dark?

Tidak lama lagi negara Belanda akan mula bereksperimen dengan menggunakan cat photoluminescent yang akan dicat di atas permukaan jalan raya.




Cat itu pula akan dicaj menggunakan cahaya matahari pada waktu siang dan kemudian bercahaya pada waktu malam untuk menjadi penanda kepada lorong, laluan trafik dan kesejukan cuaca.

Projek yang dinamakan Smart Highway ini direka oleh Studio Roosegaarde dan kumpulan pengurusan infrastruktur Heijmans. Ianya telah memenangi Best Future Concept dalam anugerah Dutch Design Awards.

Kisah Sedih Budak 6 Tahun Yang Tinggal Seorang Dipulau Masyarakat Akibat HIV

Dalam kebanyakan masyarakat termasuklah masyarakat kita hari ini, persepsi buruk terhadap pengidap HIV/AIDS masih lagi ada.

Mereka masih lagi dilayan seolah-olah seperti sampah masyarakat malahan dipulau hanya kerana salah faham tentang penyebaran penyakit yang membawa maut ini.


Lebih malang lagi apabila kanak-kanak kecil yang tidak berdosa yang mendapat virus HIV daripada ibu-bapa mereka juga dilayan teruk dan dipulau masyarakat seperti yang berlaku pada kanak-kanak berusia 6 tahun di China ini.

Ah Long, yang tinggal di wilayah Guangxi di China kehilangan kedua ibu bapanya akibat AIDS dan terpaksa tinggal keseorangan. Kanak-kanak ini terpaksa melalui kehidupan dengan berdikari sendiri seperti membasuh baju, memasak dan belajar.

Bangunan Terbesar Di Dunia Bakal Dibuka Di China (14 Gambar)

Jika sebelum ini saya pernah ceritakan tentang projek di China yang bakal membina bangunan tertinggi di dunia dalam masa 90 hari sahaja, kali ini negara tembok besar itu sekali lagi mengagumkan dunia dengan bakal membuka bangunan terbesar di dunia pula.




Bangunan yang diberi nama New Century Global Centre ini terletak di Chengdu, wilayah Sichuan, China. Bangunan yang bakal dibuka pada Jun 2013 ini melayakkannya medapat gelaran bangunan terbesar di dunia dengan berketinggian 100 meter, 500 meter panjang dan 400 meter lebar.

Dengan berkeluasan 1.7 juta meter persegi, dianggarkan ianya mampu memuatkan 20 buah Sydney Opera House dan mengikut perbandingan dengan Pentagon di Washington, yang masih lagi merupakan salah satu bangunan pejabat terbesar di dunia, ianya hanyalah satu pertiga daripada keseluruhan luas bangunan ini.

25 Gambar Objek Harian Di Bawah Mikroskop Yang Sangat Pelik Dan Menyeramkan

Kebiasaannya objek-objek harian yang selalu kita lihat adalah agak biasa-biasa dan bosan sahaja.

Ambil contoh garam, gula, berus gigi, lalat dan sebagainya.






Bila kita lihat objek-objek tersebut tiadalah apa yang menarik sangat sebab benda-benda tersebut memang sudah sangat kecil dan halus sampaikan tiada apa yang significant untuk diteliti.

Tapi apabila kita perhati betul-betul, terutamanya dengan menggunakan mikroskop, di situlah benda-benda yang dinyatakan di atas akan menjadi semakin pelik dan kadang-kadang sangat seram dan menakutkan.

6 Keretapi Paling Comel Dan Pelik Yang Hanya Terdapat Di Jepun

tama-densha
Masa kanak-kanak dulu saya pasti kebanyakan dari kita penuh dengan memori-memori kartun dari Jepun seperti Doraemon, Dragon Ball, Pokemon, Ultraman, Kamen Rider dan banyak lagi. 






Selain itu, kalau kita cakap pasal Jepun, kita pasti terbayangkan sistem pengangkutan mereka yang canggih seperti keretapi peluru contohnya.

Jadi apa kaitan antara kartun Jepun dengan keretapi yang saya nak ceritakan di sini? Kali ini saya nak paparkan antara rekaan keretapi-keretapi di Jepun yang dihiasi dengan hiasan yang comel, cantik dan menarik yang kadang-kadang kita tak pernah terfikir pun akan ada. 

10 Uncang Teh Dengan Rekabentuk Yang Sangat Kreatif dan Lawak

Tahukah anda, selepas air kosong, teh merupakan minuman paling banyak diminum di dunia.

Ada bermacam-macam jenis teh yang boleh didapati, antaranya teh hijau, teh herba, teh oolong, teh putih dan banyak lagi sampaikan teh najis panda pun ada. Yark.



Biasanya kalau kita beli teh ianya terdapat dalam dua bentuk packaging, samada teh uncang ataupun teh serbuk. Bagi yang nak cepat dan mudah tu pastinya akan beli teh uncang sebab cara penyediaannya yang tak perlukan penapis dan lebih cepat untuk dibancuh.

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Assalamualaikum dan selamat membaca.

Masuk bulan Februari nanti, maka genaplah usia empat tahun blog saya ini.







Dah dikira lama juga, kalau budak usia 4 tahun tu dah pandai bercakap dah merengek-rengek minta dekat mak belikan aiskrim pisang.

Pada mulanya blog kfein ini lebih kepada blog yang menceritakan hal-hal peribadi saya sendiri dan tempat untuk meluahkan perasaan dan pendapat terutamanya zaman muda-muda remaja dulu (masih lagi muda remaja sekarang), namun atas beberapa sebab tertentu saya tukar niche blog ini kepada blog informasi pada pertengahan tahun lalu.

Bandar Hantu Di Angola Yang Dibina Kerajaan China (10 Gambar)

Angola sekarang merupakan salah sebuah negara Afrika yang sedang pesat membangun.









Dipacu oleh perolehan daripada sumber minyak sejak tahun 2002 dan berakhirnya perang saudara yang berlangsung selama tiga dekad telah menjana kepesatan ekonomi negara yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa rasmi ini.

Namun antara masalah bagi negara yang baru nak membangun ini ialah selain daripada korupsi (Angola, seperti negara-negara mambangun yang lain juga berhadapan dengan masalah korupsi ini) adalah masalah over-developed atau terlebih pembangunan.

Lampu Meja Bentuk Anak Anjing Yang Sangat Comel (6 Gambar)

Ini anak anjing ke lampu meja?

Apa-apa pun ianya memang sangat comel.








Lampu meja berbentuk anak anjing yang sangat cute dan menarik ini merupakan produk keluaran Pana Objects, jenama yang berasal dari Bangkok, Thailand. Diberi nama Frank Lamp, lampu meja ini mempunyai empat kaki yang boleh digerakkan dan direka bentuk supaya menyerupai pergerakan seekor anak anjing.


Selain itu posisi cahaya lampunya juga boleh diubah suai mengikut keselesaan. Apa yang kurangnya ialah ianya tidak mampu menyalak seperti anak-anak anjing yang lain. Boleh diperolehi dengan harga 95 US Dollar. Yup, agak mahal juga tapi sangat comel lah!

30 Rekaan Kalendar 2013 Yang Unik dan Kreatif

Biasanya semasa tahun baru atau menjelang tahun baru kalau kita membeli barang di kedai tertentu kita akan dapat kalendar percuma.








Yang saya perhati selalunya kedai-kedai yang dimiliki peniaga kaum Cina yang selalu bagi kalendar percuma ni, dengan nama kedai mereka ada tertera pada kalendar tersebut.

Anda biasa dapat kalendar macam tu? Kalau di tempat saya ni selalunya kedai motorsikal yang selalu bagi kalendar percuma.

Tapi selalunya kalendar yang diberi reka bentuknya sama sahaja sepanjang tahun, dari dulu tak pernah berubah-ubah. Kira bosan juga kan. Kadang-kadang tu nak juga kalendar yang reka bentuknya lebih unik dan kreatif dan sesuai dengan suasana ruang kediaman.

Suasana Pertembungan 3 Agama Di Baitul Maqdis Palestin (20 Gambar)

Kota Baitul Maqdis (juga dikenali dengan nama Jerusalem) yang terletak di Palestin ini memang begitu dekat di hati umat Islam.








Merupakan kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah, kota ini memainkan peranan yang penting sebagai tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dan juga merupakan kiblat pertama bagi umat Islam.

Baitul Maqdis yang merupakan antara kota tertua di dunia ini selain merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam, ianya juga merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Yahudi.