Bangunan Terbesar Di Dunia Bakal Dibuka Di China (14 Gambar)

Jika sebelum ini saya pernah ceritakan tentang projek di China yang bakal membina bangunan tertinggi di dunia dalam masa 90 hari sahaja, kali ini negara tembok besar itu sekali lagi mengagumkan dunia dengan bakal membuka bangunan terbesar di dunia pula.




Bangunan yang diberi nama New Century Global Centre ini terletak di Chengdu, wilayah Sichuan, China. Bangunan yang bakal dibuka pada Jun 2013 ini melayakkannya medapat gelaran bangunan terbesar di dunia dengan berketinggian 100 meter, 500 meter panjang dan 400 meter lebar.

Dengan berkeluasan 1.7 juta meter persegi, dianggarkan ianya mampu memuatkan 20 buah Sydney Opera House dan mengikut perbandingan dengan Pentagon di Washington, yang masih lagi merupakan salah satu bangunan pejabat terbesar di dunia, ianya hanyalah satu pertiga daripada keseluruhan luas bangunan ini.

bangunan-terbesar-di-dunia
Bangunan Global Centre ini bakal menempatkan pejabat, bilik persidangan, kompleks universiti, dua buah pusat komersial, dua buah hotel lima bintang, panggung wayang IMAX, perkampungan Mediterranean, gelanggang luncur ais dan banyak lagi tarikan menarik.

Walaupun dengan jarak Chengdu yang sangat jauh dari laut, namun kompleks ini dihiasi dengan tema-tema marin seperti air pancut, taman tema air yang besar dan pantai buatan manusia, selain dilengkapi dengan matahari artifisial yang akan bersinar 24 jam untuk memberikan suhu persekitaran yang selesa.

Antara tarikan utama bangunan yang juga digelar sebagai bandar lautan buatan manusia ini adalah pantai buatan berkeluasan 5000 meter persegi dilengkapi dengan kedai makanan laut yang mampu memuatkan seramai 6000 orang.

Satu lagi bangunan besar juga bakal dibina tidak jauh dari situ yang direka oleh arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Chengdu Contemporary Arts Centre yang dilengkapi dengan teater, opera house dan juga muzium.

Bangunan ini juga bakal menjadi simbol kepesatan ekonomi yang sedang dinikmati oleh China sekarang.
new-century-global-centre
projek-bangunan-terbesar-di-dunia
kerangka-bumbung
bahagian-facade
bahagian-dalam-bangunan-terbesar-dunia
pekerja-pembinaan
model-global-centre-chengdu
model-bangunan-terbesar-dunia
pekerja-pembinaan-negara-china
new-century-global-centre-chendu-china
 Sumber dari The Age

Artikel Berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: