Hotel Berbentuk Igloo Yang Mengagumkan Di Finland (10 Gambar)

Baru-baru ini saya pernah paparkan tentang hotel mudah alih mesra alam yang membolehkan kita menikmati pemandangan semulajadi, kali ini saya nak cerita tentang jenis hotel yang sama juga cuma kali ini ianya dalam bentuk igloo.





Hotel berbentuk igloo yang dibina daripada gelas ini terletak di Kakslauttanen, Finland yang berdekatan dengan Urho Kekkonen National Park dan menawarkan pemandangan alam semulajadi yang memukau. 

Apa yang menarik pada hotel igloo ini adalah pada gelasnya yang dibina daripada teknologi moden, di mana ianya diperbuat daripada gelas terma khas yang mampu memanaskan suhu di dalam igloo dan ianya akan menjadi lebih jelas pemandangannya apabila suhu persekitaran menurun.

Setiap igloo dilengkapi dengan tandas dan katil mewah dan pada setiap petang, sauna panas akan disediakan untuk pengunjung. Antara tarikan utama yang terdapat pada kawasan hotel igloo ini ialah peluang untuk melihat Aurora Borealis, fenomena cahaya di langit yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban semulajadi dunia. 

Nampak menarik juga, tapi disebabkan ianya diperbuat daripada gelas, mungkin terdapat privasi yang agak kurang di situ.
hotel-igloo-gelas-finland
pemandangan-luar-hotel-igloo
susunan-hotel-igloo-di-finland
suasana-dalam-hotel-igloo
hotel-igloo-dilitupi-salji
fanomena-aurora
aurora-di-finland
hotel-dengan-pemandangan-aurora
Sumber dari Bored Panda

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment