Hotel Mudah Alih Mesra Alam Yang Sangat Cool (10 Gambar)

Selalunya kalau kita pergi camping di mana-mana, khemah akan dibawa untuk dijadikan tempat tidur.

Namun dengan kecanggihan teknologi sekarang, mungkin itu semua akan berubah. Mungkin pada masa hadapan kita akan membawa hotel mudah alih pula, seperti hotel yang ditunjukkan di sini.



Hotel mudah alih yang juga dinamakan sebagai DROP eco-hotel ini boleh dibawa dan ditempatkan di mana sahaja mengikut kesesuaian kawasan. Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada hotel ini adalah: dibina menggunakan struktur kayu dan keluli, rekaan yang mesra alam dan struktur hotel ini dibina terangkat di atas tanah supaya ianya tidak bersentuh dengan tanah untuk mengurangkan kerosakan pada tanah yang menampungnya.

Tingkap berbentuk bulatan yang terdapat pada kedua-dua bahagian hujung hotel ini boleh dialih untuk dijadikan pintu masuk dan juga untuk membenarkan pengudaraan semula jadi. Yang menariknya hotel mesra alam ini bukan sahaja mampan dan mesra alam, malahan ianya juga sangat selesa untuk didiami.

Nampak menarik juga, terutamanya bagi mereka yang suka mengembara menikmati alam semulajadi dan ingin tinggal di dalam tempat yang selesa, tapi bagaimana ianya diangkut dan dipasang ke tempat yang dituju mungkin agak tidak praktikal.

Hotel mudah alih mesra alam ini direka oleh In-Tenta.
drop-eco-hotel
hotel-mudah-alih-mesra-alam
hotel-mudah-alih-dalam-hutan
hotel-mudah-alih-di-persekitaran-semulajadi
hotel-mudah-alih-ganti-khemah
bahagian-luar-hotel-mudah-alih
pintu-masuk-drop-eco-hotel
bahagian-dalam-hotel-mudah-alih
lukisan-pelan-hotel
Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment