6 Keretapi Paling Comel Dan Pelik Yang Hanya Terdapat Di Jepun

tama-densha
Masa kanak-kanak dulu saya pasti kebanyakan dari kita penuh dengan memori-memori kartun dari Jepun seperti Doraemon, Dragon Ball, Pokemon, Ultraman, Kamen Rider dan banyak lagi. 






Selain itu, kalau kita cakap pasal Jepun, kita pasti terbayangkan sistem pengangkutan mereka yang canggih seperti keretapi peluru contohnya.

Jadi apa kaitan antara kartun Jepun dengan keretapi yang saya nak ceritakan di sini? Kali ini saya nak paparkan antara rekaan keretapi-keretapi di Jepun yang dihiasi dengan hiasan yang comel, cantik dan menarik yang kadang-kadang kita tak pernah terfikir pun akan ada. 

Jom kita tengok enam keretapi di Jepun yang sangat comel dan menarik ini.

1. Keretapi Kucing

Untuk menarik perhatian, pada tahun 2007 bandar Kinokawa di Jepun telah melantik seekor kucing bernama Tama sebagai penjaga stesyen bagi sebuah stesyen keretapi di situ. Sejak itu, Tama menjadi tarikan pelancong yang popular di Jepun dan juga di seluruh dunia.

Tama menjadi maskot cenderahati yang sangat mendapat sambutan sehinggakan di mana-mana sahaja terdapat gambar Tama di Kinokawa. Yang paling menarik, pastinya keretapi khas untuk Tama iaitu keretapi kucing atau juga dikenali sebagai Keretapi Tama.

Memang sangat comel keretapi ni, terutamanya bagi peminat kucing di luar sana.
keretapi-kucing-di-jepun
keretapi-kucing-bahagian-dalam
tama-densha

2. Keretapi Kotatsu

Kotatsu merupakan meja berkaki rendah yang dipasang dengan pemanas pada bahagian bawahnya, dan dilitupi dengan selimut bagi memerangkap haba. Ianya sangat popular di Jepun terutamanya pada musim sejuk.

Kalau yang biasa tengok kartun Jepun macam Shin Chan atau Doraemon mesti kenal dengan Kotatsu ni. Untuk membawa perasaan seperti berada di rumah sendiri di dalam keretapi, syarikat Sanriku Railway Co. telah menyediakan keretapi yang dilengkapi dengan meja Kotatsu bagi menggantikan tempat duduk.
keretapi-kotatsu-di-jepun
keretapi-kotatsu-bahagian-dalam

3. Keretapi Maharaja

Untuk masa-masa tertentu, Maharaja Jepun akan menaiki keretapi untuk travel atau membawa ketua-ketua negara luar menikmati pemandangan di Jepun. Kalau dah maharaja punya keretapi, tak kan nak naik keretapi yang cikai-cikai sahaja kan.

Keretapi Maharaja atau the Imperial Train ini telah digunakan sejak 2007. Satu gerabak dalam keretapi ini disediakan khas untuk maharaja manakala gerabak-gerabak yang lain pula untuk kegunaan khas. Bahagian kepala keretapi ini kebiasaannya dihias dengan cop maharaja, bendera Jepun, dan jika terdapat diplomat dari negara luar, bendera bagi negara diplomat tersebut akan digunakan.
keretapi-maharaja-jepun
keretapi-maharaja-bahagian-kepala

4. Keretapi Pokemon

Bagi sesiapa yang minat Pokemon tu, ini keretapi untuk anda. Adakah terdapat pokemon yang real dalam keretapi ni? Err, mungkin tak, tapi ianya dilengkapi dengan tema-tema Pokemon seperti tempat duduk, langsir, karpet dan hiasan dinding.

Terdapat juga gerabak yang dikhaskan untuk bermain, mungkin untuk mereka yang berangan-angan nak jadi Pokemaster. 

Keretapi ini dikhabarkan mula beroperasi akhir Disember lalu tapi setakat ini saya tak jumpa lagi gambar real keretapi tersebut. Yang ada hanyalah ilustrasi. Tapi ini pun dah nampak menarik kan.
keretapi-pokemon-di-jepun
keretapi-pokemon-bahagian-dalam
keretapi-pokemon-ruang-permainan

5. Keretapi Alat Mainan

Tidak cukup dengan keretapi kucing yang diceritakan tadi, pihak pengurusan yang sama berpendapat keretapi alat mainan juga akan mendapat sambutan orang ramai. Keretapi ini menampilkan vending machine untuk membeli alat mainan, kedai alat mainan dan juga hiasan yang comel dan menarik seperti yang biasa anda lihat di tadika-tadika. 

Selain itu ianya juga dilengkapi dengan katil bagi orang dewasa. Bagi sesiapa yang ada anak kecil tu kalau bawa mereka naik keretapi ni pasti mereka riang sakan.
keretapi-alat-mainan-di-jepun
keretapi-alat-mainan-bahagian-dalam
keretapi-alat-mainan-tempat-duduk
keretapi-alat-mainan-tempat-pemegang

6. Keretapi Tujuh Bintang Di Kyushu

Keretapi yang juga dikenali sebagai Seven Stars in Kyushu ini masih lagi belum beroperasi namun ianya sudah mendapat liputan meluas. Digelar sebagai kapal pelayaran darat, ianya merupakan keretapi mewah yang akan dilengkapi dengan suite mewah, selain terdapat etika pemakaian untuk menaikinya dan mungkin yang agak tidak best, kanak-kanak tidak dibenarkan naik.

Walaupun ianya dijangka hanya akan beroperasi bermula Oktober 2013, namun ianya sudah mendapat perhatian golongan kaya seperti pak-pak Arab dari UAE dan juga dari Hong Kong. Hah, jangan ingat hotel sahaja yang ada tujuh bintang, keretapi pun ada rupanya.
keretapi-tujuh-bintang-kyushu-jepun
seven-stars-in-kyushu
keretapi-tujuh-bintang-bahagian-kepala
Huh, memang comel, menarik dan pelik-pelik rekaan keretapi yang terdapat di Jepun ni. Pasti seronok kalau keretapi di negara kita juga se-cool dan se-awesome begini, barulah rasa seronok nak naik.

Tapi buat masa ini rasanya ianya tak akan jadi kenyataan sebabkan masa ketibaan keretapi di Malaysia ni terutamanya komuter pun masih lagi lambat kadang-kadang, inikan pula nak dapatkan keretapi yang canggih dan menarik sebegini. 

Jadi berpuas hati sahajalah buat masa sekarang dengan pemandangan berhimpit-himpit dalam keretapi dengan bau ketiak warga asing. Hehe.

Sumber dari Tofugu dan Eurogamer

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

10 comments:

  1. Singgah sini jalan2 and tgk entry menarik sambil follow and tgk FearFactor rakan2 blogger ada ker??

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yup, kadang2 tak bertempat juga kreatif diorang. haha

      Delete
  3. aku ni dah lama tak naik keretapi

    ReplyDelete
  4. best nye~~~ huhu!! nak naik yg 7 star rated tue....huhu :D :D

    new update :) hehee
    http://wanie-raina.blogspot.com/2013/01/time-is-getting-faster-2013.html

    ReplyDelete
  5. mak aih..memang cantik.ni rasa nak pegi jepun ni. sponsor la bro! =p

    ReplyDelete