Penjara Paling Mewah Di Dunia (17 Gambar)

Sebelum ini saya pernah ceritakan tentang penjara Halden di Norway, iaitu penjara paling nikmat dan berperikemanusiaan di dunia.

Kali ini saya nak cerita tentang penjara paling mewah di dunia pula.




Penjara yang dinamakan sebagai Justizzentrum Leoben ini terletak di Styria, Austria dan dibuka pada tahun 2004 lalu. Penjara yang mendapat gelaran penjara lima bintang kerana kemewahannya ini direka oleh arkitek Joseph Hohensinn dan menempatkan seramai 205 orang banduan.

Ianya dibina hampir sepenuhnya menggunakan gelas dan menempatkan beberapa fasiliti seperti gym, pusat sukan, bilik persendirian untuk tetamu dan banyak lagi.

Moto yang diguna pakai di penjara ini adalah "All human beings are born free and equal in dignity and rights" dan "Each of the persons deprived of their liberty must be treated humanely and with respect for the inherent dignity of the human being".
penjara-paling-mewah-di-dunia
Secara ringkasnya mereka berpendapat setiap manusia mempunyai maruah dan hak, dan sesiapa yang melakukan kesalahan haruslah dilayan dengan hormat untuk menjaga maruah mereka. Seperti yang pernah saya ceritakan tentang penjara Halden di Norway dulu, statistik menunjukkan negara terutamanya di Eropah yang mengamalkan sistem penjara seperti ini yang lebih bersifat mendidik daripada menghukum mempunyai kadar jenayah yang kurang.

Jadi apa pendapat anda, adakah sistem penjara ini sesuai diamalkan di negara kita? Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak, ikut pendapat masing-masing.

Tapi kalau dilihat kecanggihan dan keselesaan fasiliti yang terdapat di penjara ini, memang ianya lebih baik berbanding sesetengah universiti di negara kita yang kadang-kadang asramanya pun sudah macam sarang tikus. Haha.
Justizzentrum-Leoben-austria
dinding-gelas-penjara
bahagian-dalam-penjara-mewah
pusat-sukan-untuk-banduan
pandangan-luar-penjara-lima-bintang
penjara-lima-bintang
penjara-paling-mewah
bilik-khas-untuk-tetamu-penjara
bilik-persidangan-penjara
pusat-kaunseling-penjara
bilik-tidur-banduan-penjara-mewah
banduan-penjara-mewah
banduan-beriadah-di-luar
gym-penjara-paling-mewah-di-dunia
Sumber dari Wikipedia

Artikel Berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

10 comments:

  1. mewah betul penjara ni, tapi mewah macamana sekalipun tak nak jadi penghuni di sana =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, itulah, dah namanya pun penjara, siapa yang nak masuk.

      Delete
  2. perrggghhh.. kalau penjara camni ada kat malaysia, aku rasa ramai yang pilih masuk penjara kot... tp bukan aku la.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kalau macam tu mesti ramai yg saja2 buat jenayah supaya boleh masuk penjara.

      Delete
  3. kalau macam inilah rupanya mesti ramai yg nak masuk terutamanya yg hidup sebatang kara kat dunia ni. makan tidur semua free. fasiliti boleh dikatakan lengkap. tempat pula cantik. siapa tak nak kan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang tak syoknya mungkin hidup kena kurung dan kena kawal la, tak bebas. haha.

      Delete
  4. cahayacinta.com
    huu...terbaiklah.klu gini lgi byk org bt jahat sb dpt layanan baik..tmpt tggal ctik hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgar cerita kat sana mmg ramai org buat jenayah kecik sbab nak masuk penjara. hehe.

      Delete
  5. kalau mcm tu... seronok la dpt masuk penjara....

    My recent post : Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok tp bab hidup kena kawal tu yg tak best. haha.

      Delete