Rumah Gelas Dengan Rekaan Yang Sangat Cantik Dan Menarik (9 Gambar)

Sebelum ini saya pernah paparkan tentang sebuah rumah lutsinar di Jepun yang dibina daripada gelas, kali ini saya nak paparkan tentang senibina yang sama juga cuma kali ini rekaannya lebih cantik dan menarik sedikit.






Rumah yang hampir sepenuhnya dibina daripada gelas kaca ini direka oleh syarikat architecture Santambrogiomilano yang berpengkalan di Milan, Itali. Ianya direka bagi tujuan membolehkannya dibina di mana sahaja dan membenarkan penghuni rumah gelas ini untuk tinggal di dalam persekitaran semula jadi.

Setiap komponen rumah ini dibina sepenuhnya daripada gelas kaca kecuali bagi tingkat bawah. Terdapat dua konsep bagi rumah gelas ini, mengikut tempat ianya dibina, iaitu 'snow house' dan 'cliff house'.

'Snow house' atau rumah salji, seperti namanya, dibina di kawasan yang bercuaca sejuk dan dibina menggunakan gelas tebal yang mampu menahan beban yang lebih besar, terutamanya berat salji, selain mampu menjadi penebat suhu.

Mungkin ada yang akan bertanya, jika keseluruhannya dibina daripada gelas, bagaimana pula dengan privasi tuan rumah? Tak akan pula setiap aktiviti yang dilakukan penghuni boleh dilihat dari luar rumah? Bagi masalah ini, panel gelas tersebut boleh bertukar kepada keadaan legap dengan sentuhan butang, selain disediakan tingkap gelongsor untuk membolehkannya menutup ruang bagi setiap bilik.

Bagi 'cliff house', ianya dibina di bahagian tebing dan dibina menggunakan panel gelas yang lebih nipis disebabkan beban yang perlu ditampung adalah lebih ringan. Dibina di atas kolam air, rekaannya membuatkan penghuni seolah-olah terapung-apung di atas lautan.
ruang-tamu-rumah-gelas
tangga-gelas
bilik-tidur
rumah-gelas-kaca
ruang-tamu
ruang-tamu-rumah-gelas
struktur-rumah-gelas
bilik-tidur-pemandangan-cantik
rumah-gelas-atas-air
Sumber dari Design Boom

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment