Video Games Mario Paling Susah Tahap Haram!

super-mario-world
Pastinya ramai dari kalangan kita terutamanya yang lahir masa tahun 80-an mahupun 90-an pernah main video games Mario.

Lagipun video games ini memang sangat popular ketika itu. Kalau sekarang budak-budak selalu main games apa ya, Angry Birds kot, haha.



Video games Mario ni terdapat dalam banyak versi, antaranya Super Mario Bros, Super Mario World dan sebagainya. Tapi tahukah anda versi games Mario manakah yang paling susah sekali untuk dimain? Atau dalam bahasa yang lebih tepat, games yang khas hanya untuk orang yang paling sabar di dunia.

Diperkenalkan, Kaizo Mario, versi games Mario paling susah yang direka khas untuk membuatkan si pemain menangis, tak tidur malam dan dalam keadaan yang lebih ekstrem, hilang kewarasan akal. Games Kaizo Mario ini bukanlah versi rasmi yang dikeluarkan oleh Nintendo, tapi ianya direka melalui proses ROM hacking oleh seorang hacker dari Jepun, T. Takemoto.

Tujuan asal games ini direka adalah untuk dimainkan oleh seorang rakan T. Takemoto bernama R. Kiba pada tahun 2007 yang lalu. Nama asal games ini yang telah dialih bahasa ke bahasa inggeris adalah 'Making my friend play through my own Mario (Super Mario World) hack'. Anda boleh tengok play through games tersebut melalui video di bawah:



Untuk bermain video games Mario ini, anda memerlukan skill, kesabaran dan kewarasan akal untuk bermain games yang menjamin si pemain akan mati dalam setiap 15 saat. Tak tahulah berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan games ini tapi bagi yang tak expert macam saya, pasti ambil masa bertahun juga. Bagi yang berani mencabar untuk bermain games ini, boleh download di internet, taip sahaja Kaizo Mario download. Diharapkan anda tak jadi gila ya bila main games ni. Haha.

Stage 2 anda boleh tonton di bawah, dan bagi stages yang berikutnya anda boleh tonton di Youtube. Memang susah tahap haram! Haha.



Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. aku tengok pun da sakit hati..HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok pun sakit hati, inikan pulak yang main. haha.

      Delete