Iklan Teh Yang Sangat Seram Dan Menakutkan

Selalunya kalau kita tengok iklan di tv, kebanyakannya akan memaparkan suasana yang riang ceria dengan pelakon yang cantik-cantik dan hensem-hensem belaka untuk memikat hati penonton.






Tapi lain pula halnya dengan jenama teh herba, Herbaria dari Hungary ini yang menggunakan tema seram untuk iklan terbaru mereka. Dengan menggunakan tagline 'Drown Your Fears', iklan ini memaparkan seorang badut yang menakutkan dan grim reaper yang ditarik ke dalam air oleh uncang teh.

Nampak macam kreatif tapi rasanya macam tak berapa sesuai dengan produk yang cuba dipasarkan. Lepas tengok iklan ni, anda rasa ada ke teringin nak beli teh herba? Anda boleh tonton iklan tersebut di bawah, tapi bagi yang mengidap coulrophobia (fobia kepada badut) tu, dinasihatkan tak perlulah tonton. Ya, saya tahu macam mana rasanya sebab masa kecil dulu pun saya sangat takut kepada badut. Haha.




Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

4 comments: