Kafe Di Taman Botani Yang Indah Di Iceland

Antara perkara paling penting dalam membina sesebuah bangunan atau struktur adalah menilai tahap kesesuaian dan integrasi dengan suasana dan keadaan sekeliling kawasan tapak bina.

Itulah yang cuba diterapkan dalam pembinaan sebuah kafe yang terletak di Iceland ini.



Kafe yang terletak di sebuah taman botani di Akureyri, Iceland ini direka oleh sebuah firma senibina, Kollgata Arkitektur. Antara ciri menarik yang terdapat pada kafe ini ialah rekabentuk tingkapnya yang menyerupai sebatang pokok. Kafe ini dibina khas untuk meraikan ulang tahun ke-150 pekan Akureyri dan juga ulang tahun ke-100 taman botani tersebut, di mana ianya telah dirancang oleh majlis perbandaran Akureyri sendiri.

Objektif utamanya adalah untuk membina sebuah bangunan yang dapat melambangkan suasana dan semangat taman botani tersebut. Oleh itu, untuk menampilkan ciri-ciri tempatan dan warisan tapak tersebut, perabot-perabot yang disediakan adalah perabot lama keluaran tahun 50an dan 60an dahulu. Bukan itu sahaja, perabot tersebut juga adalah merupakan hasil kraf dari pengukir dan pereka tempatan yang berasal dari pekan Akureyri sendiri, yang kebanyakannya diderma oleh warga dan syarikat-syarikat tempatan.
kafe-taman-botani-iceland
pokok-taman-botani
kafe-taman-botani
ruang-makan-luar-kafe
bahagian-dalam-kafe
meja-makan-kafe
perabot-lama-kafe-taman-botani
candle-light-dinner-kafe
bahagian-belakang-kafe-taman-botani
Sumber dari Contemporist

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment