Biasanya Ambil Gambar Makanan, Kali Ini Makanan Ambil Gambar?

Antara fungsi utama Instagram adalah mengambil gambar makanan dengan gaya ala-ala retro yang kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook mahupun Twitter.






Jadi tak mustahillah apabila ada pengeluar menggabungkan unsur-unsur utama ini dan menghasilkan kamera berbentuk makanan yang boleh mengambil gambar ala-ala Instagram.

Kamera unik berbentuk donat disalut krim coklat ini datangnya dari Jepun. Kalau dah benda pelik-pelik tapi kreatif sebegini pastilah kebanyakannya dari Jepun ye tak, haha. Kamera digital 3 megapixel ini mempunyai pelbagai mode mengambil gambar seperti yang terdapat pada Instagram, di mana saiz gambarnya juga adalah berbentuk segi empat tepat.

Selain itu, ianya juga berfungsi untuk mengambil video yang kelihatan seperti nostalgia suasana retro.
kamera-instagram-bentuk-donat
Kamera ini dilengkapi dengan port microSD dan USB, dan bahagian permukaannya diperbuat daripada plastik PVC. Antara sample gambar yang diambil menggunakan kamera ini:
contoh-gambar-diambil-dengan-kamera-donat


Di bawah pula contoh video yang dirakam dengan mode tertentu:


Nampak menarik dan unik juga. Kalau anda berminat untuk mengelirukan orang ramai dengan mengambil gambar menggunakan donat, anda boleh beli kamera ini di website ini dengan harga kira-kira RM210.
bahagian-hadapan-kamera-donat
bahagian-belakang-kamera-donat
port-microsd-usb-kamera-donat
Sumber dari PetaPixel

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. Interesting bro.. jangan silap makan sudahlah hehe

    ReplyDelete
  2. kalau silap makan mahu patah juga gigi. hehe.

    ReplyDelete