Kolam Renang Terbesar Di Dunia Yang Sangat Menakjubkan (8 Gambar)

Tahukah anda di mana terletaknya kolam renang terbesar di dunia, di mana besarnya kolam renang ini kelihatan seolah-olah seperti lautan? Ianya terletak di San Alfonso del Mar resort di Chile.






Panjang kolam renang yang terletak di tepi pantai ini mencapai 1 kilometer panjang, dengan keluasan 8 hektar (19.77 ekar), menyamai keluasan 20 kolam renang bersaiz olimpik. Ianya diisi dengan air laut sebanyak 66 juta gelen dan bagi yang tak tahu berenang tu, mungkin dinasihatkan berhati-hati di sini kerana kedalamannya mencapai sehingga 35 meter dalam.

Kolam renang ini dibuka pada tahun 2006 lalu dan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dengan kos pembinaan mencapai kira-kira RM3 billion. Luasnya kolam renang ini hinggakan pengunjung bukan sahaja boleh berenang, bahkan turut boleh menaiki perahu layar di sini. Ianya menggunakan sistem sedutan dan penapisan yang dikawal menggunakan komputer untuk menyedut air dari lautan pada satu sudut dan mengepamnya keluar pada sudut yang lain.

Kalau dah ada kolam sebesar begini, rasanya tak perlulah lagi berenang di lautan berdekatan, lebih-lebih lagi mandi di lautan tersebut adalah tidak dibenarkan.
kolam-renang-terbesar-di-dunia
berehat-di-kolam-renang
berlayar-di-kolam-renang
gambar-satelit-kolam-renang-terbesar-dunia
hotel-dengan-kolam-renang-terbesar
berkayak-di-kolam-renang
gambaran-artis-kolam-renang
aktiviti-di-kolam-renang-terbesar-dunia-chile
Sumber dari Daily Mail

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: