Meja Studio Yang Boleh Diubah Menjadi Katil

Sebelum ini saya pernah ceritakan tentang suasana sempit dan sesak dalam apartment di Hong Kong disebabkan kepadatan penduduk yang semakin tinggi di bandaraya tersebut.






Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan mereka perabot pelbagai fungsi yang kompak yang pastinya akan menjimatkan ruang seperti meja studio ini.

Meja studio yang direka oleh Athanasia Leivaditou dari Studio NL ini boleh ditukar menjadi katil dengan mudah, sekaligus menjadikannya sangat sesuai bagi mereka yang bekerja lebih masa di pejabat mahupun di rumah. Diberi nama "1.6 SM of Life", bahagian depan meja studio ini boleh dibuka dan dijadikan alas tilam. Bahagian sisi kanan meja pula juga boleh dibuka untuk dijadikan sebagai tempat sandar kepala manakala bahagian sisi kiri pula berfungsi sebagai tempat simpan barang.

Bagi arkitek, designer, atau student yang selalu lepak dalam studio sampai pagi buat kerja tu mungkin meja ni sangat sesuai buat mereka. Teringat pula masa sekolah dulu selalu tidur atas meja masa cikgu tak masuk kelas, haha.
tidur-di-meja-studio
proses-tukar-meja-studio-jadi-katil
meja-studio-1.6-sm-of-life
meja-studio-kompak
perabot-untuk-ruang-sempit
Sumber dari Inhabitat

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment