Pondok Telefon Yang Boleh Diguna Untuk Membantu Golongan Kurang Berkemampuan

Dengan bertambahnya pengguna telefon bimbit tak kira di negara kita mahupun di seluruh dunia, pondok telefon dilihat semakin sepi dan kurang digunakan.

Kalau ada pun mungkin sudah rosak dan sekadar menjadi tempat untuk melampiaskan nafsu vandalisme di kalangan anak-anak muda.


Atas kesedaran untuk tidak membiarkan pondok-pondok telefon ini roboh ditelan zaman, sebuah syarikat telekomunikasi, T-Mobile, telah memutuskan untuk mengubah pondok-pondok telefon yang sudah usang dan dibiarkan tersebut menjadi sebuah booth kebajikan di Hungary. Booth kebajikan ini mudah dikenalpasti dengan warna pink dan logo berbentuk hati padanya.

Pengguna boleh membuat panggilan menerusi pondok telefon ini dan bakinya pula akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan. Setakat ini, kempen ini telah memberikan sumbangan kepada badan kebajikan yang menolong golongan cacat penglihatan di Hungary. Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda boleh tonton video di bawah:


Bila cerita pasal pondok telefon ni, teringat pula saya zaman sekolah dulu kumpul duit syiling banyak-banyak semata-mata nak menelefon someone, hehe.

Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. Salam.

    Cool ni, kalau dekat Malaysia kejap je dah jadi mangsa vandalism. Logik kan.

    Tapi kita patut buat dulu macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. itulah, tapi mungkin kat sini kena tunggu syarikat korporat ambil inisiatif dulu.

      Delete