Prank Seram Dan Mengerikan Untuk Promosi Filem Hantu

Selalunya bagi penerbit filem bila nak promote filem masing-masing yang akan keluar di pawagam, macam-macam cara kreatif yang akan digunakan.

Cuma yang bezanya promosi filem yang ditonjolkan di sini mungkin terlebih kreatif.




Untuk mempromosi filem seram bertajuk 'The Last Exorcism, Part II' yang akan ditayangkan tak lama lagi, satu kempen, atau lebih tepat lagi jika digelar satu prank jahat dan menakutkan telah dirancang di sebuah salon rambut. Prank yang menggunakan watak hantu daripada filem tersebut dilakukan dengan menakutkan pelanggan salon tersebut yang sedang memotong rambut, yang kesemuanya terdiri daripada pelanggan wanita.

Menggunakan teknik cermin khas, setiap aksi dan ekspresi pelanggan yang ketakutan dirakam, yang kadang-kadang bagi kita yang menonton ni rasa kelakar pun ada. Kalau tengok orang lain kena prank mungkin seronoklah, tapi kalau kita pula yang kena mesti rasa cuak pun ada juga, haha. Anda boleh tonton video prank tersebut di bawah:

the-last-exorcism-part-2




Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment