Tak Masuk Akal? Tin Berisi Oksigen Mula Dijual Di China

Kalau anda pernah tonton filem animasi The Lorax, pasti anda kenal dengan watak antagonis, Mr. O'hare yang mengaut keuntungan dan menjadi zillionaire dengan menjual oksigen kepada penduduk Thneedville.





Nampak macam tak masuk akal, tapi itulah realiti yang semakin menjadi kenyataan di China sekarang.

Chen Gangbiao, seorang jutawan yang dianggap sebagai antara orang terkaya di China, telah mula menjual tin berisi oksigen sebagai response terhadap peningkatan masalah pencemaran udara di Beijing baru-baru ini. Dijual dalam pelbagai perisa seperti "pristine Tibet" dan "post-industrial Taiwan", setiap tin dijual pada harga kira-kira 5 Yuan (RM 2.50) setiap satu.

Walaupun idea Chen ini dianggap sebagai hanyalah untuk mencari publisiti dan menangguk di air keruh, namun produk oksigen di dalam tin beliau mendapat sambutan di kalangan penduduk Beijing yang terpaksa menyedut jerebu bertoksik setiap hari. Setakat minggu lalu, kira-kira 8 juta tin telah berjaya dijual, di mana hasilnya disumbang kepada badan-badan kebajikan. Selain itu, Chen juga ada memberikan tin-tin oksigen tersebut secara percuma kepada penduduk di jalan-jalan di Beijing.

Untuk maklumat lanjut, boleh tonton video di bawah:





tin-berisi-udara-chen-gengbiao
Memang tak dinafikan kualiti udara di China sekarang sudah mencapai pada tahap bahaya, tapi adakah tindakan Chen ini yang menjual oksigen di dalam tin akan menyelesaikan masalah tersebut? Macam mana pula dengan proses pengeluaran tin-tin tersebut di kilang yang pastinya akan menyebabkan lebih banyak pencemaran udara yang seterusnya akan menyebabkan kitaran pencemaran yang tak berhenti?

Tak mustahil satu hari nanti kita akan mula pakai topeng udara dan tong oksigen apabila hendak keluar rumah dan pada masa itulah pasti akan munculnya banyak syarikat yang mengaut keuntungan daripada penderitaan orang lain dengan menjual oksigen seperti di China ini.

Sumber dari Huffington Post

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment