Apartment Bersaiz Keranda Yang Sadis Di Jepun

Sebelum ini saya pernah paparkan tentang kehidupan sadis di dalam apartment sempit di Hong Kong. Kali ini saya nak cerita perkara yang hampir sama, cuma ianya lebih sadis di mana apartment di Jepun ini hanyalah bersaiz sebesar keranda.





Apartment yang bersaiz sangat kecil dan mampu memuatkan hanya seorang penghuni ini digelar sebagai Geki-sema. Yang lebih sadisnya walapun dengan saiznya yang hanya cukup-cukup untuk dijadikan tempat tidur, bayaran sewa bulanannya mencecah sebanyak 400 pound sterling, atau kira-kira RM1900, berpunca daripada kekurangan kawasan perumahan di Tokyo yang merupakan salah satu bandar terpadat di dunia.

Sangat tidak sesuai bagi mereka yang mengidap claustrophobic, apartment ini kebiasannya disewa oleh golongan proffesional muda yang menghabiskan masa mereka di tempat kerja dan hanya pulang untuk tidur. Macam manalah agaknya mereka boleh tinggal dalam tempat yang sangat sempit sebegini.
apartment-sempit-jepun
apartment-bersaiz-keranda
apartment-sempit
penghuni-apartment-sempit
Sumber dari Daily Mail

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: