Basikal Pelik Setinggi 4 Meter

Sebelum ini dalam blog ini pernah dipaparkan tentang prototaip basikal yang boleh terbang. Kali ini saya ingin paparkan tentang basikal yang tidak kurang juga peliknya, iaitu basikal setinggi 4.3 meter (14 kaki).





Basikal tinggi lain daripada yang lain ini merupakan kepunyaan Richie Trimble, seorang cinematographer dari Los Angeles dan beliau telah menunggang basikal ini pada satu event anjuran CicLAvia baru-baru ini. Basikal yang diberi nama 'STOOPID TALL' ini mempunyai 4.4 meter ketinggian pada tempat duduk, 5.2 meter pada paras mata dan mempunyai rantai sepanjang 10 meter, enam kali lebih panjang daripada basikal biasa.

Berbasikal dari La Cienega ke Venice Beach, Trimble merakam perjalannya menunggang basikal ini dengan menggunakan kamera yang digantung pada dadanya. Menurut Trimble, beliau merancang untuk membina dan menunggang basikal yang lebih tinggi pada masa hadapan. Memang tinggi juga basikal ini, macam manalah dia nak berhenti masa traffic light agaknya.

Untuk melihat perjalanan beliau menunggang basikal tinggi ini, anda boleh tonton video ala-ala video hipster di bawah:

basikal tinggi 4 meter
menunggang basikal tinggi di bawah jambatan
pandangan perspektif penunggang basikal
berbasikal di tepi pantai
richie trimble stoopid tall bike
basikal tinggi dari yang lain
basikal tinggi menyentuh traffic light
sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment