Discover Good Music: Explosions in the Sky - Your Hand in Mine

Assalamualaikum dan selamat membaca. Rasanya dah lama saya tak menulis pasal muzik, dulu selalu juga cakap-cakap pasal muzik ni.







Jadi saya ingat lepas ni nak buat satu segmen bernama Discover Good Music di mana saya akan cuba ketengahkan muzik-muzik yang mungkin menarik untuk dijadikan halwa telinga. Hehe.

For this time saya nak ketengahkan satu lagu iaitu Your Hand in Mine dari band bernama agak unik juga iaitu Explosions in the Sky. Explosions in the Sky ini merupakan satu band post rock yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat. Tak tahu apa tu post-rock? Sila google, haha. Asalan lagu ni terdapat dalam album The Earth is Not A Cold Dead Place yang direlease pada hujung tahun 2003 dan memuatkan sebanyak lima buah lagu.

Saya suka lagu instrumental ni sebab mood dia yang tenang dan mendamaikan serta ada rentak love song yang sangat dalam, walaupun tanpa lirik. Jadi sesiapa yang nak layan perasaan tu bolehlah layan lagu ni, haha.



Di sini juga ada satu cover lagu Your Hand in Mine ini yang saya rasa agak menarik juga untuk didengar. Enjoy!


Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

4 comments:

  1. org kalau dah minat lagu apa rentak akan layan apa lgi lagu rentak slow and rancak

    ReplyDelete
    Replies
    1. batul tu, ikut minat masing-masing juga.

      Delete
  2. sy suka bt keje dg degar lagu..radio ker rasa tak cpt bosan dan masa lagi pantas berlalu.

    eh...music box tak der ker hee..

    ReplyDelete